Harian Metro

Pengarah Urusan BDB rebah ketika berjoging

-

Kuala Lumpur: Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff, 50, meninggal dunia jam 8.04 pagi di Hospital Pantai di sini, semalam.

Pemergian Allahyarha­m disahkan Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed dalam satu kenyataan, semalam.

“Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu, Datin Joani Sofina Othman, 49, dan sepasang anak lelaki dan perempuan.” katanya.

Difahamkan, Izham rebah ketika berjoging di sebuah taman rekreasi di ibu negara.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m dibawa keluar dengan van sekitar jam 11.21 pagi sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk dikafan dan disolatkan sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk solat jenazah akhir.

Jenazah dijangka dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.

Allahyarha­m pernah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas BDB pada Ogos 2013 dan kemudianny­a menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada Februari 2014.

Izham turut menjadi ahli Lembaga Panel Pelaburan Tabung Haji pada 1 Oktober 2017.

Sebelum berkhidmat dengan Kumpulan BDB, beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Percetakan Nasional Malaysia Berhad dari Februari 2010 hingga Januari 2014.

Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan lain termasukla­h sebagai Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Ninebio Sdn Bhd (2007-2010) dan Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif KUB Malaysia Berhad (2004 - 2007).

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu, Datin Joani Sofina Othman dan sepasang anak lelaki dan perempuan”

Sajahan Abdul Waheed

 ??  ?? IZHAM
IZHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia