Harian Metro

Kanak-kanak koma akibat didera

-

mengaku kenalan kepada ibu kanak-kanak berkenaan, namun ketika dirawat di zon merah pihak hospital mengesyaki mangsa didera selepas pemeriksaa­n dilakukan.

Selain mengalami pendarahan teruk di kepala, ada kesan lebam pada dahi, dada dan betis kanan kanak-kanak berkenaan seperti kesan penderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ibu kanak-kanak berkenaan yang juga warga Indonesia menyerahka­n anaknya kepada suspek berusia 56 tahun untuk dijaga sementara dia bekerja sebagai pembantu rumah di Kampung Cheras Baru, di sini.

“Ketika mangsa berada dalam jagaan suspek, ibunya membuat panggilan video pada 18 Februari lalu dan mendapati anaknya tidak ceria serta terlihat kesan lebam pada tubuhnya.

“Semalam (kelmarin), wanita berusia 40-an itu dihubungi suspek memberitah­u anaknya jatuh sendiri dalam tandas ketika hendak membuang air besar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, selepas memberitah­u kanak-kanak itu berada di Hospital Ampang, suspek dipercayai mematikan telefon bimbitnya kerana ibu mangsa cuba menghubung­inya semula namun gagal.

“Usaha mengesan suspek giat dilakukan. Buat masa ini mangsa belum sedarkan diri dan masih menerima rawatan.

“Polis menjalanka­n siasatan lanjut berhubung tindakan ibu mangsa meninggalk­an kanakkanak itu dalam jagaan suspek,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia