Harian Metro

Gitaris rock 80-an suspek kes bunuh

-

Alor Setar: Lelaki berusia 44 tahun yang ditahan membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar pada 25 Februari lalu adalah bekas gitaris sebuah kumpulan rock.

Suspek yang berasal dari Johor itu pernah menjadi gitaris sebuah kumpulan rock yang popular era 80-an selepas memenangi pertanding­an Juara Rock Johor dan Juara Rock Johor Tengah 1988.

Malah ketika bersama kumpulan itu, suspek meraih pelbagai kejayaan apabila salah satu album mereka terjual melebihi 150,000, melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1990 dan finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpula­n Popular.

Bagaimanap­un kumpulan itu tidak lagi aktif di persada seni selepas menerbitka­n sebuah album pada 2004.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah tahanan reman sehingga 19 Mac ini dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Nor Azah Idris bagi membantu siasatan.

Suspek sebelum ini membuat pengakuan membunuh Kau Fu Eng, 71, yang ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan selepas ditahan di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu lagi kes pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia