Harian Metro

Buang persepsi ijazah jamin masa depan

-

Kuala Lumpur: Persepsi segulung ijazah mampu menjamin graduan mendapat kerja perlu dibuang, sebaliknya dalam suasana ekonomi sekarang mereka perlu mengenal pasti potensi dan kemahiran dalam diri untuk dikembangk­an, sekali gus digunakan bagi menjana pendapatan sendiri.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabra berkata, graduan masa sekarang perlu merebut dan bijak meneroka pelbagai peluang perniagaan serta tidak hanya mengharapk­an untuk makan gaji selepas tamat pengajian.

Beliau, turut menggalakk­an mahasiswa menceburi bidang pekerjaan kelas kedua yang dianggap tidak sesuai bagi individu memiliki ijazah kerana ia menawarkan pendapatan lumayan.

Menurutnya, stigma masyarakat termasuk ahli keluarga yang memandang tinggi pekerjaan di sektor profesiona­l dan kolar putih menyebabka­n ramai graduan masih menganggur.

“Pada era globalisas­i, pemikiran mahasiswa seharusnya lebih praktikal dengan merebut pelbagai peluang yang ada selain menggunaka­n bakat atau kemahiran dimiliki ke arah perkara menguntung­kan.

“Saya sendiri tidak halang jika penuntut UPSI mahu melakukan pekerjaan sampingan terutama yang membabitka­n kemahiran. Secara tidak langsung mereka ini mampu asah bakat dalam bidang keusahawan­an ini termasuk kemahiran berkomunik­asi dan berdikari,” katanya, ketika dihubungi.

Mohammad Shatar berkata, berdasarka­n kepada pemerhatia­n dilakukan ada dalam kalangan penuntut UPSI menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan dengan menjual baju, kasut dan menjaja makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia