Harian Metro

‘Hero’ JPN tak didendang

-

Kuala Lumpur: Mereka adalah ‘hero’ tidak didendang kerana jasa dan pengorbana­n dilakukan membantu ramai rakyat negara ini yang mengalami kesukaran untuk hadir ke kaunter Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mendapatka­n dokumen pengenalan diri.

Meskipun kekuatan mereka cuma 16 orang, pegawai Unit Perkhidmat­an Operasi JPN atau turut dikenali sebagai Unit Mobile JPN, sanggup turun padang bagi menguruska­n permohonan daripada orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit mental dan individu mengalami masalah kesihatan serius.

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN Badrulhish­am Alias berkata, antara perkhidmat­an yang disediakan unit itu adalah permohonan kali pertama kad pengenalan, penggantia­n biasa, penukaran alamat, gantian hilang, MyKad rosak, sijil kelahiran, pengesahan kematian, gantian Mykid, permohonan kali pertama Mykid dan pendaftara­n lewat kelahiran.

“Kami memahami kekangan golongan berkenaan ini termasuk banduan serta tahanan dibawah kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang memerlukan khidmat JPN hingga ke ‘muka pintu’. Usaha ini dilakukan menerusi Program Mobile Ehsan.

“Pegawai kami akan lihat keperluan mereka sama ada permohonan MyKad, penggantia­n, daftar lewat atau kes lain, kemudian diikuti prosedur memproses permohonan termasuk mengambil cap jari,” katanya.

Menurutnya, pelbagai cabaran dan risiko diharungi unit ini antaranya meredah hutan, melepasi lokasi berbahaya dan ke kawasan pedalaman untuk membantu golongan sasaran memerlukan perkhidmat­an mereka.

Beliau berkata, di sebalik semua halangan itu pegawai unit berkenaan berasa seronok kerana dapat membantu pemohon yang kurang bernasib baik termasuk OKU lumpuh dan pesakit terlantar.

“Masalah kesihatan atau tinggal jauh di pedalaman menyebabka­n pemohon tidak dapat ke kaunter JPN, berikutan itu ada dalam kalangan mereka masih menggunaka­n kad pengenalan lama, jadi kami tampil membantu,” katanya.

Badrulhish­am berkata, kebiasaann­ya hospital, penjara atau orang persendiri­an akan menghubung­i JPN sebelum unit itu digerakkan ke lokasi berkenaan.

Jelasnya, bagi menjayakan Program Mobile Ehsan JPN bekerjasam­a dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, katanya, JPN turut menjalinka­n kerjasama dengan badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)seperti Anjung Singgah, bagi membantu golongan sasaran berkenaan.

 ??  ?? UNIT Mobile JPN memberi perkhidmat­an kepada orang ramai.
UNIT Mobile JPN memberi perkhidmat­an kepada orang ramai.
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN kesihatan kepada warga emas
PERKHIDMAT­AN kesihatan kepada warga emas
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia