Harian Metro

Bayi 10 bulan huni hospital 128 hari

-

Petaling Jaya: Usianya baru mencecah 10 bulan, namun akibat menghidap penyakit dikenali sebagai Lisosomal, Nor Aryan Mikail terpaksa tinggal selama 128 hari di hospital.

Biarpun pakar memberitah­u keadaan Nor Aryan kritikal dan tidak mampu bertahan lama, namun kedua ibu bapanya tetap positif dengan perkembang­an kesihatan anak mereka.

Itu antara kisah dikongsi Naib Presiden Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA), Zabidi Ali mengenai pesakit baru yang ditemui Disember lepas selepas bayi malang itu mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti paru-paru dijangkiti kuman, jantung membengkak dan sendi kaki lemah.

“Atas jasa baik orang ramai yang menderma, Nor Aryan kini sudah mendapat ubat bagaimanap­un ia tidak bertahan lama kerana pesakit kategori ini memerlukan ubat seumur hidup mereka.

“Oleh itu, kami di MLDA berusaha mendapatka­n sumbangan atau dana daripada rakyat Malaysia yang prihatin bagi meringanka­n beban ibu bapa pesakit itu,” katanya.

Zabidi berkata demikian pada perjumpaan bersama ahli keluarga MLDA di Taman Jaya Park, di sini, Sabtu lalu sempena sambutan World Rare Disease Day 2018.

Menurut statistik MLDA, jumlah pesakit Lisosomal semakin meningkat daripada 22 kepada 81 pesakit sejak tahun 2011 hingga Februari tahun ini.

Katanya, setakat ini, MLDA menyelamat­kan 37 pesakit dan keadaan kesihatan mereka semakin pulih dan bertambah baik.

“Tahun lalu, kami menerima tiga kes penyakit Pompe dan satu kes penyakit Gaucher di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan atau mendapatka­n maklumat lanjut mengenai MLDA boleh melayari laman web mymlda.com atau Facebook Malaysia Lysosomal Disease Associatio­n atau e-mel enquiry.mlda@gmail.com atau hubungi talian 019-6899620.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 19 Oktober tahun lalu mengenai penyakit Lisosomal.
LAPORAN Harian Metro, 19 Oktober tahun lalu mengenai penyakit Lisosomal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia