Harian Metro

Potret istimewa

-

 Pelajar UniMAP teruja serah lakaran wajah Perdana Menteri

“Saya tak sangka lukisan potret Perdana Menteri yang dilakar suka-suka dan sekadar mengisi masa lapang akhirnya dapat diserahkan sendiri kepada Datuk Seri Najib Razak.”

Itu luahan kegembiraa­n pelajar tahun tiga Diploma Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Sufi Suraya Halim, 21, selepas potret Najib yang dilukisnya menjadi pilihan universiti berkenaan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri di sini, semalam.

Menyifatka­n ia sebagai satu penghargaa­n baginya, Sufi yang juga anak ketiga daripada empat beradik dari Alor Setar, Kedah itu berkata, potret Najib dilukis menggunaka­n kemudahan telefon pintarnya menerusi aplikasi

“Saya memang suka melukis dan lukisan potret Perdana Menteri itu dilukis untuk mengisi masa lapang.

“Namun apabila saya itu diketahui pentadbira­n universiti, maka mereka meminta saya melukis potret Perdana Menteri di mana ia diserahkan sendiri kepada beliau,” katanya selepas Program Bajet Rakyat 2018 bersama Rakyat: Belia dan Pelajar di UniMAP di kampus utama UniMAP di sini, semalam.

Katanya, selalunya dia mengambil masa antara enam hingga tujuh jam untuk menyiapkan potret menerusi telefon pintarnya, namun bagi lukisan Datuk Seri Najib dia memperuntu­kkan dua hari.

“Lukisan itu memang saya lukis berpanduka­n gambar asal Datuk Seri Najib dan saya perlu fokus dan berhati-hati melukis gambarnya kerana tidak mahu lukisan berkenaan tidak sepadan dengan warna serta bentuk wajahnya.

“Apabila ia siap, pentadbira­n universiti bersetuju mengambil lukisan itu untuk diberikan kepada Perdana Menteri. Saya berasa teruja dan gembira kerana usaha saya ini membuahkan hasil,” katanya yang bercita-cita menjadi usahawan dan pelukis.

 ??  ?? NAJIB beramah mesra dengan orang ramai dan pelajar pada majlis Bajet 2018 Bersama Rakyat, Belia dan Pelajar di UniMAP, Kampus Pauh Putra.
NAJIB beramah mesra dengan orang ramai dan pelajar pada majlis Bajet 2018 Bersama Rakyat, Belia dan Pelajar di UniMAP, Kampus Pauh Putra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia