Harian Metro

Giliran Zahid bertanya

- Mohd Husni Mohd Noor dan Fairuz Mohd Shahar cnews@nstp.com.my

Lazimnya, beliau yang ditemu ramah oleh media bagi mendapatka­n bahan berita. Namun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi apabila beliau mengambil peluang menemu ramah pengamal media seperti ‘sidang media’ ketika sesi

bersama ketua-ketua pengarang dan pemegang permit penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mencipta kelainan apabila sesi yang sepatutnya formal diubah menjadi lebih santai dan mesra dengan beliau seolah-olah seperti seorang wartawan yang bertanyaka­n pelbagai soalan.

Pada program yang berlangsun­g hampir dua jam itu, beliau bertanyaka­n soalan kepada tetamu jemputan yang terdiri daripada ketua pengarang agensi berita tempatan dan pemegang permit penerbitan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengajukan 10 soalan kepada tetamu yang hadir berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi industri media serta penerbitan tempatan di negara ini.

Menurutnya, kebiasaann­ya beliau yang perlu menjawab soalan media, namun kali ini soalan itu dikemukaka­n olehnya kepada pengamal media.

“Majlis seperti ini kali pertama diadakan dan biasanya saya yang menjawab soalan daripada media secara formal, hari ini (semalam) saya pula ingin bertanya kepada mereka,” katanya.

Kira-kira 500 pengamal media dan penggiat industri penerbitan tempatan termasuk ketua pengarang dan pemegang permit penerbitan

 Majlis bersama pengarang bertukar sesi TPM temu ramah pengamal media

hadir di majlis berkenaan.

Antara yang turut hadir termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang.

Sepanjang sesi itu, antara soalan dikemukaka­n termasuk berkaitan cadangan mewujudkan majlis media, akta menangani berita palsu, penggunaan al-Quran secara dalam talian dan kesan penerbitan aplikasi buku secara atas talian, eBook atau eBuku.

Bagi soalan pertama, Ahmad Zahid bertanyaka­n soalan mengenai cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan Majlis Media bagi membolehka­n agensi media di negara ini melakukan kawalan kendiri terhadap industri berkenaan.

Menjawab soalan itu, Abdul Jalil memaklumka­n sudah tiba masanya cadangan itu direalisas­ikan, sekali gus memberi kuasa kepada industri untuk mengawal selia agensi media di negara ini.

Abdul Jalil berkata, beliau sudah membawa cadangan itu kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tan Sri Gani Patail, dua tahun lalu, namun pelaksanaa­nnya ditangguhk­an atas beberapa faktor.

“Bagi pihak industri sendiri, cadangan itu perlu diteliti secara mendalam sebelum dilaksanak­an,” katanya.

Bagi soalan mengenai persediaan agensi media berkaitan akta menangani berita palsu, Abdul Aziz berkata, beliau menyokong usaha mewujudkan akta berkenaan atas dasar keselamata­n negara perlu diutamakan, selain melihat ancaman berita palsu itu lebih bahaya daripada ancaman keganasan itu sendiri.

Dalam pada itu, Wong turut mengemukak­an cadangan supaya syarikat teknologi gergasi dan media seperti Google dan Facebook (FB) dikenakan cukai oleh kerajaan sebagaiman­a yang dilakukan oleh beberapa negara lain termasuk Vietnam.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? AHMAD Zahid ( dua dari kanan) berbual bersama Abdul Jalil (dua dari kiri), Abdul
Aziz (tiga dari kanan) dan Wong (kiri).
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH AHMAD Zahid ( dua dari kanan) berbual bersama Abdul Jalil (dua dari kiri), Abdul Aziz (tiga dari kanan) dan Wong (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia