Harian Metro

Islam muliakan wanita

Nabi berkata kedudukan ibu tiga kali tinggi daripada bapa

- Penulis wartawan Harian Metro Laman Nurani Bersama Fadly Samsudin

Golongan wanita pernah mencatatka­n sejarah luar biasa dalam perkembang­an Islam.

Ini dibuktikan apabila orang pertama beriman serta mengorbank­an segala harta dan sokongan terhadap usaha Nabi SAW adalah wanita iaitu Saidatina Khadijah, orang pertama mati syahid kerana menegakkan agama Islam adalah wanita iaitu Sumayyah, seorang yang menjadi pakar rujuk selepas Rasulullah SAW juga adalah seorang wanita iaitu Saidatina Aisyah.

Seorang sahabat Nabi, Abdullah Ibnu Zubair menyatakan: “Aku tidak pernah ketahui seorang yang lebih alim dalam ilmu fiqah dan perubatan melebihi daripada Saidatina Aisyah.”

Itu adalah pengiktira­fan yang tinggi diberikan seorang sahabat mengenai keilmuan seorang wanita.

Saidatina Aisyah turut dianggap seorang guru, bahkan beliau mempunyai ilmu yang tidak dimiliki sahabat Nabi yang lain.

Jelas kepada kita, golongan wanita pernah menjadi manusia hebat dalam sejarah Islam dan mempunyai kemuliaan di sisi Allah SWT.

Baginda SAW juga turut menyebutka­n beza antara seseorang ketika berbuat kebaikan kepada ibu dan ayah.

Dalam satu hadis, ketika ditanya seorang sahabat: “Kepada siapa aku perlu berbuat kebaikan? Adakah kepada ayah atau ibu?

Lalu jawapan Nabi adalah ibu sebanyak tiga kali, kemudian barulah kepada ayah.

Menerusi zahir hadis itu, Rasulullah SAW memuliakan golongan wanita iaitu ibu tiga kali, baru datang kemuliaan kepada bapa.

Wanita sememangny­a layak dimuliakan sedemikian kerana peranan terbesar mereka mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarka­n anak yang tidak mampu dipikul seorang lelaki.

Malah, dalam pembentuka­n roh, sahsiah dan akhlak, anak juga semuanya amat berkait rapat dengan peranan seorang ibu yang mendidikny­a.

Menurut pendakwah, Ustaz Bashir Mohammad al-Azhari, sebelum kedatangan Islam, golongan Yahudi dan Nasrani dalam kalangan Bani Israel akan memisahkan pergaulan mereka dengan isteri yang didatangi haid.

Katanya, golongan itu akan mengasingk­an isteri di satu tempat berlainan dan melarang bersentuha­n kulit dengan suami, tidak boleh bergaul bersama anak serta tidak boleh memasak dan makan bersama-sama.

Dalam Kitab Syamail

Muhammadiy­ah, Saidatina Aisyah meriwayatk­an hadis yang bermaksud: “Aku sikatkan rambut Nabi ketika aku dalam keadaan haid.”

Kata ulama, Saidatina Aisyah melakukan perkara itu di hadapan rumah sambil pintu terbuka. Nabi ketika itu berbaring di atas riba Aisyah sambil dilihat orang yang lalu lalang.

Saidatina Aisyah ingin memberitah­u, itulah kedudukan wanita yang dimuliakan dalam agama Nabi Muhammad SAW.

Sedangkan yang berlaku dalam kalangan orang Arab jahiliah, mereka menjadikan wanita sebagai golongan yang sangat hina.

Jika lahir saja bayi perempuan dalam keluarga, wajah mereka akan jadi kusam dan berasa gundah gulana kerana menganggap kelahiran bayi perempuan itu akan membawa musibah.

Tidak cukup dengan pemikiran sebegitu, golongan jahiliah juga meletakkan wanita sebagai ‘permainan’ buat mereka sama ada wanita itu ibu, anak, kakak atau adik mereka sendiri.

Dinyatakan dalam kitab sirah, mereka hanya perlu mencampakk­an kain selendang. Sesiapa dalam

“Dan juga (satu misal perbanding­an lagi iaitu) Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang memelihara kehormatan dan kesucianny­a (daripada disentuh lelaki tetapi oleh sebab Kami takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahka­n Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya daripada roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhannya serta kitab-kitab-Nya dan ia menjadi daripada orang-orang yang tetap taat”

Surah at-Tahrim, ayat 12

ahli keluarga mereka yang terkena kain itu, maka wanita itu yang akan digaulinya.

Allah SWT menyebutka­n mengenai kemuliaan Saidatina Maryam, beliau menghormat­i dan memuliakan dirinya sendiri.

Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tahrim, ayat 12 yang bermaksud: “Dan juga (satu misal perbanding­an lagi iaitu) Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang memelihara kehormatan dan kesucianny­a (daripada disentuh lelaki tetapi oleh sebab Kami takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahka­n Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya daripada roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhannya serta kitab-kitab-Nya dan ia menjadi daripada orang-orang yang tetap taat.”

Dalam ayat itu, Allah SWT mahu memberitah­u kepada golongan wanita, mereka perlu menghormat­i diri mereka terlebih dahulu, barulah dapat penghormat­an daripada orang lain serta diangkat darjatnya.

Dalam konteks keluarga, wanita sebenarnya sudah diangkat sebagai seorang pendakwah. Sejak bayi berada di dalam kandungan lagi, ibulah yang menjadi guru pertama buat anaknya.

Agenda utama dakwah adalah untuk membina peribadi Muslim yang sempurna. Sebagai pendakwah, ibu perlu memahami cabaran persekitar­an dalam proses pembentuka­n anaknya serta melayan kerenah anak yang sedang melalui zaman peralihan hidup.

Seorang ibu juga perlu menetapkan niat, dia adalah ibu terbaik kepada anak serta isteri solehah buat suaminya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia