Harian Metro

Hikmah sujud sahwi hina syaitan

-

Manusia tidak pernah sunyi daripada perbuatan lalai dan lupa. Ketika sedang solat juga perkara itu kerap terjadi seperti terlupa tahiyat awal serta membaca doa qunut.

Bagaimanap­un, bagi menampung semula kerana lupa dan tersilap itu kita dituntut melakukan sujud sahwi.

Hikmah sujud sahwi adalah sebagai menghina syaitan kerana dialah yang menyebabka­n perkara itu terjadi.

Selain itu, sujud sahwi juga dianjurkan untuk dilakukan sekiranya seseorang berasa ragu-ragu terhadap berapa bilangan rakaat dalam solatnya.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang sudah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah dia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini.

Selepas itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjaka­n lima rakaat, maka dia sudah melengkapk­an solatnya. Namun jika dia mengerjaka­n empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i)

Hukum sujud sahwi adalah sunat. Oleh itu, tidak batal solat sekiranya tidak dilakukan.

Walaupun hukumnya sunat, ia perlu dilakukan juga kerana cara melaksanak­an sujud sahwi sangat mudah.

Mengikut pendapat ulama, disunatkan sujud sahwi walaupun pada anggapan dan kepercayaa­n tidak ada sujud sahwi sekalipun.

Cara melaksanak­an sujud sahwi perlu berniat terlebih dulu pada rakaat terakhir iaitu sebelum memberi salam.

Sudahkan bacaan tahiyat akhir, lalu takbir biasa (bukan angkat takbiratul­ihram) dan sujud sahwi.

Ketika sujud baca lafaz ‘Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu’ yang bermaksud ‘Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa’ sebanyak tiga kali.

Selepas membaca lafaz itu, bangun dan duduk dalam keadaan di antara dua sujud sambil membaca bacaan sama seperti di dalam solat.

Kemudian, sujud sekali lagi dengan mengulangi lafaz sujud sahwi lalu bangun dan duduk dalam keadaan tahiyat akhir tanpa mengulangi bacaan tahiyat akhir.

Kemudian, diakhiri dengan memberi salam seperti biasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia