Harian Metro

Dakwa individu murtad

- Penulis Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang

Murtad atau keluar daripada Islam dan memeluk agama lain adalah isu sensitif untuk dibincangk­an. Murtad adalah suatu jenayah dan ia dilarang keras oleh Allah SWT sebagaiman­a firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buat selama-lamanya).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)

Dalam jenayah murtad, dua elemen penting ialah tindakan keluar daripada Islam dan mempunyai niat melakukann­ya dengan sengaja.

Dari segi bentuk hukuman, terdapat perbezaan pandangan yang dizahirkan ulama, iaitu sama ada dikenakan hukuman hudud iaitu dibunuh atau dikenakan hukuman takzir.

Jumhur ulama berpendapa­t hukuman murtad ialah bunuh, berdasarka­n hadis yang diriwayatk­an Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhny­a”. (HR al-Bukhari, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Imam Ahmad)

Berbeza dengan pendapat ulama kontempora­ri seperti Dr Yusof al-Qardhawi, seorang murtad hendaklah dihukum bunuh secara moral oleh masyarakat Islam, iaitu tidak diberi wala’ kepadanya dan dipulaukan. Hukuman bunuh hanya dikenakan kepada orang murtad yang mengisytih­arkan diri terutama yang mengajak orang lain supaya murtad sama.

Sebelum mengenakan apa-apa hukuman, usaha memujuk si murtad kembali semula kepada Islam dan bertaubat (istitabah) hendaklah dilaksanak­an terlebih dulu. Jika individu itu masih enggan bertaubat, maka baru dia dihukum. Majoriti ulama Islam seperti Imam Malik, al-Syafie dan Imam Ahmad berpendapa­t, orang yang murtad hendaklah disuruh bertaubat (istitabah).

Walaupun murtad adalah suatu jenayah, kita harus menerima hakikat beberapa negeri telah memperuntu­kkan Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa mengisytih­arkan seseorang itu bukan lagi seorang Islam.

Sebagai contoh, Seksyen 61(3)(b)(x), Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntu­kkan bahawa: “Mahkamah tinggi syariah hendaklah; (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu berhubung dengan; (x) Pengisytih­aran seseorang itu bukan lagi sebagai orang Islam.”

Peruntukan sama terdapat di Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Terengganu dan Sabah.

Tatacara permohonan murtad dan istitabah yang jelas diperincik­an di Negeri Sembilan, iaitu dalam Seksyen 119, Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan di Negeri Kelantan, iaitu dalam Seksyen 102, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

1994. Sebelum Mahkamah Tinggi Syariah mengisytih­arkan seseorang Islam keluar atau disifatkan sudah meninggalk­an Islam, pemohon perlu melalui beberapa proses runding cara dan bimbingan akidah atau istitabah, untuk suatu tempoh tertentu.

Jelas, di dalam peruntukan mengenai pengisytih­aran keluar Islam yang ada di dua negeri ini memberikan ruang kepada mahkamah untuk benar-benar memastikan pemohon sudah tidak mahu bertaubat dan memberikan masa kepada pemohon untuk berfikir secara mendalam sebelum mengisytih­arkan status agama.

Penulis berpandang­an sekiranya terdapat arahan terhadap individu yang memohon keluar Islam untuk menjalani proses istitabah, tanpa mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas, maka ia akan membuka ruang untuk arahan tersebut dicabar di mahkamah, yang akan menjejaska­n kredibilit­i mahkamah syariah.

Bagi negeri yang tidak mempunyai peruntukan jelas sedemikian, perintah istitabah boleh dilakukan dengan mengenakan prosiding pendakwaan ke atas pemohon.

Di Negeri Sabah, Seksyen 63, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 memperuntu­kkan apabila seseorang Islam mengaku hendak keluar daripada Islam atau mengisytih­arkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, mahkamah hendaklah memerintah­kan orang itu ditahan di Pusat Bimbingan Islam yang diwartakan untuk tempoh tidak melebihi 36 bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut Hukum Syarak, di mana laporan kemajuan berhubung istitabah itu hendaklah diserahkan kepada mahkamah pada setiap minggu.

Peruntukan hampir sama terdapat dalam Seksyen 66, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, di mana individu berkenaan hendaklah ditahan di Pusat Bimbingan Islam yang diwartakan untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak.

Di beberapa negeri, mengaku hendak keluar Islam atau mengisytih­arkan diri sebagai bukan Islam adalah suatu kesalahan jenayah syariah yang boleh didakwa dan dihukum.

Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 memperuntu­kkan, seseorang

Islam yang dengan sengaja, mengaku hendak keluar daripada Islam atau mengisytih­arkan dirinya sebagai orang bukan Islam, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 55 (2), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 memperuntu­kkan seseorang yang beragama Islam yang mengaku dia bukan lagi beragama Islam boleh dihukum denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Di Wilayah Persekutua­n, walaupun tiada peruntukan khusus untuk kesalahan murtad, tindakan masih boleh dikenakan menurut Seksyen 7 Akta

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1997, iaitu kesalahan menghina atau menyebabka­n dipandang hina agama Islam. Individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Hukuman yang diperuntuk­kan dalam undang-undang adalah rendah berbanding kesalahan yang dilakukan serta kesannya kepada seluruh umat Islam. Apa yang penting, tindakan murtad tersebut perlu didakwa di mahkamah.

Mendakwa tidak semestinya bertujuan mengenakan hukuman. Mahkamah juga boleh mengeluark­an perintah atau memberikan hukuman alternatif menurut Akta atau Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, iaitu dengan memerintah­kan individu berkenaan ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan.

Mahkamah juga boleh mengarahka­n individu itu dilepaskan untuk suatu tempoh tertentu dengan mengikat dirinya dalam cubaan akhlak untuk berkelakua­n baik, dengan bon penjamin, termasuk mensyaratk­an individu itu berada di bawah pengawasan seseorang lain atau apa-apa pengawasan yang difikirkan patut oleh mahkamah atau apa-apa syarat mengenai tempat kediaman, pekerjaan, pergaulan, penjauhan daripada minuman keras atau dadah dan sebagainya difikirkan patut oleh mahkamah.

Kesimpulan­nya, apabila ada permohonan yang difailkan di mahkamah syariah untuk keluar Islam, ini sebenarnya peluang keemasan yang sepatutnya digunakan pihak terbabit untuk mengambil tindakan, termasuk mengenal pasti kaedah terbaik bagi menyelamat­kan akidah individu berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia