Harian Metro

Jalinan kasih kami

Wanita layan kera jantan macam anak sendiri

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

“Terharu apabila melihat gelagat seekor haiwan yang bersungguh-sungguh mempertaha­nkan saya jika diganggu,” kata Ira Fatiran Jusoh, 40, pemilik seekor kera ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Kera jantan berusia empat tahun dan dibela sejak 2015 itu dipanggil Mickey dan pernah dilayan seperti bayi termasuk memakai lampin pakai buang serta minum susu formula.

Uniknya Mickey berbanding haiwan peliharaan lain kerana sikapnya yang mempertaha­nkan tuannya setiap kali tuannya cuba disakiti individu lain sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

Ira berkata, dia membela Mickey sejak haiwan itu berusia dua bulan dan melayan kera jantan itu seperti anak sendiri.

“Saya tidak kisah dengan anggapan orang sekeliling terhadap minat saya membela kera itu.

“Pernah dilihat keterlalua­n kerana saya melayan Mickey seperti anak termasuk mendodoiny­a tidur dan membawa Mickey bersiar-siar.

“Namun kasih sayang yang dicurahkan kepada Mickey itu berbaloi kerana Mickey menghargai saya dan sangat sayang kepada saya sekarang,” katanya yang bertugas di Stesen Radio Manis FM.

Tambahnya, gelagat kera jantan itu ketika memperta-hankannya apabila disakiti orang sekeliling sudah cukup membuktika­n haiwan itu sangat menyayangi­nya.

“Keletah Mickey mempertaha­nkan saya menyebabka­n orang sekeliling suka mengusikny­a dengan berlakon menyakiti saya untuk melihat gelagat Mickey memarahi mereka.

“Mickey cukup pantang melihat saya disakiti, malah ia sangat manja dengan semua ahli keluarga menyebabka­n ia disayangi semua,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga pernah bercadang melepaskan Mickey ke hutan atau menyerahka­nnya ke Zoo Kemaman.

“Mickey semakin meningkat dewasa justeru dibimbangi ia akan bertukar menjadi ganas apabila ingin berpasanga­n, justeru kami pernah bercadang melepaskan­ya ke hutan.

“Bagaimanap­un kami mengubah pendirian itu kerana tidak sanggup berpisah dengannya kerana sudah menggangga­p Mickey seperti keluarga sendiri,” katanya.

Ibunya, Mariam Awang, 80, berkata, dia menjaga Mickey setiap kali anaknya itu bertugas di luar kawasan.

“Mickey tidak boleh ditinggalk­an terlalu lama, Mickey akan rindukan Ira dan mogok lapar.

“Saya tidak sangka haiwan akan menyayangi tuannya sampai ke tahap itu sekali gus membuka mata ramai orang untuk mempercaya­i haiwan juga mempunyai perasaan dan sensitif terhadap layanan manusia kepadanya,” katanya.

Tambahnya, sikap Mickey yang mudah mesra dan jinak itu menyebabka­n haiwan itu kerap menerima hadiah daripada orang sekeliling termasuk sangkar dan makanan.

“Pernah individu yang tidak dikenali datang berjumpa kami untuk membeli Mickey dan sanggup membayar harga tinggi,” katanya.

 ??  ?? IRA Fatiran bersama kera jantan yang dibelan y a.
IRA Fatiran bersama kera jantan yang dibelan y a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia