Harian Metro

SINDIRAN NAKAL DARIPADA OCK

Setiap anggota OCK main peranan penting dalam susunan dan perangkaan lagu baru

-

Selepas bertahan hampir 10 tahun dalam industri muzik tanah air, Oh Chentaku (OCK) meraikan semangat perjuangan indie mereka dengan menghadiah­kan single terbaru bahasa Inggeris berjudul Anugerah Of The Year kepada peminat.

Lagu ciptaan dan lirik oleh penyanyi utamanya, Myo itu adalah single pertama daripada album keempat mereka yang bakal dilancarka­n tahun ini di bawah label Oh Chentaku Records.

Apa yang menarik, single terbabit diterjemah­kan dalam bentuk sindirian nakal terhadap situasi industri muzik tanah air.

Ia turut hadir bersama video muzik yang diterbit dan diarahkan oleh Myo.

Myo berkata, penghasila­n video muzik itu memberi tumpuan kepada kekuatan

OCK dalam memberi persembaha­n yang dinamik dan bertenaga.

“Selain memaparkan tenaga luar biasa daripada anggota OCK, saya turut membawa pasukan aksi lagak ngeri dan jurusolek kesan khas yang digunakan dalam industri perfileman bagi memastikan video muzik ini menarik dan mempunyai kelainan,” katanya.

Selain Myo, OCK dianggotai Naem (bass), Jimmy (dram), Wawa (keyboard), Amber (gitar utama) dan Jack (gitar).

Menurut Myo, menerusi album keempat ini setiap anggota kumpulan memainkan peranan penting dalam aspek susunan dan perangkaan lagu baru termasuk Anugerah Of The Year.

“Semua anggota mempunyai cita rasa lagu berentak rock yang agak berlainan seperti rock n roll, hard rock, metal dan muzik akustik yang mencengkam jiwa serta perasaan pendengar. Ia diiringi bait lirik yang menusuk kalbu,” katanya.

Sempena sedekad mewarnai industri muzik tanah air, OCK turut merancang mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi mendekati peminat dengan lebih dekat.

“Sepanjang 10 tahun ini, OCK dikenali dengan persembaha­n pentas yang dinamik kerana kegigihan kami mendekati peminat melalui persembaha­n di seluruh tanah air.

“Ini kerana kami percaya melalui pengalaman berinterak­si dengan penonton dan sikap terbuka peminat terhadap penerimaan muzik kami, itulah yang membuatkan kami terus bertahan sehingga kini.

Mengimbas kembali perjalanan OCK, mereka juga pernah menjayakan pelbagai festival muzik di Singapura, Indonesia dan Thailand selain turut dijemput berkongsi pentas bersama kumpulan rock antarabang­sa seperti We Are The In Crowd, The Used dan The Devil Wears Prada.

Setakat ini OCK mengeluark­an tiga album iaitu Heartbreak Ridge Was Never This Arrogant pada 2007, Suitcase, A Scarf And The Departure (2009) dan Youngheart­s (2014). -Najiy Jefri

Selain memaparkan tenaga luar biasa daripada anggota OCK, saya turut membawa pasukan aksi lagak ngeri dan jurusolek kesan khas yang digunakan dalam industri perfileman

 ??  ??
 ??  ?? OCK merancang adakan siri jelajah seluruh negara.
OCK merancang adakan siri jelajah seluruh negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia