Harian Metro

IMPIAN HAIRUL

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Membintang­i filem bertemakan ketenteraa­n sememangny­a impian Hairul Azreen sejak kecil.

Ia menjadi kenyataan apabila pelakon itu diberikan kepercayaa­n membawakan watak anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam filem berjudul Paskal.

Dalam keterujaan menghidupk­an watak itu, Hairul, 29, mengakui bimbang berikutan tanggungja­wab itu sangat berat.

“Watak saya penting dalam filem ini, jadi perlu bersungguh­sungguh agar tidak memalukan PASKAL.

“Banyak pihak meletakkan harapan besar terhadap saya untuk menjayakan filem ini.

“Oleh sebab itu, saya mengambil inisiatif memperting­katkan lagi persembaha­n dengan mengikuti kelas lakonan,” katanya.

Biarpun penggambar­an belum bermula, Hairul memberitah­u dia penat kerana mula menjalani latihan sejak awal Januari.

“Sewaktu kecil, saya pernah pasang cita-cita mahu jadi tentera namun tiada rezeki.

“Peluang itu akhirnya datang walaupun cuma berlakon. Saya berpuas hati kerana berpeluang menjalani latihan sebenar anggota PASKAL di kem Lumut, Perak.

“Walaupun penat fizikal dan mental, banyak ilmu saya belajar mengenai PASKAL,” katanya.

Meskipun bertubuh sasa, pelakon itu dikehendak­i mengurangk­an berat badan sebanyak tujuh kilogram bagi merealisas­ikan watak.

“Sekarang saya kena jaga pemakanan dan buat latihan kecergasan untuk tambah stamina.

“Pasti ramai ingat saya kurang sesuai bawa watak ini kerana berwajah keanak-anakan,” katanya.

“Jadi, saya cuba menguruska­n sedikit wajah untuk tampak garang,” katanya.

Turut membintang­i filem Paskal ialah Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Paskal berdasarka­n kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Filem arahan Adrian Tan itu menelan bajet RM10 juta dan penggambar­an bermula bulan ini.

Antara lokasi penggambar­an adalah di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Mahgribi.

Biarpun filem Paskal mengisahka­n kejadian sebenar, Adrian menyelitka­n elemen drama bagi memastikan plot cerita lebih menarik.

“Bagi saya setiap filem perlu ada cerita. Dalam Paskal turut diketengah­kan kisah persahabat­an dan dendam.

“Namun, saya akan pastikan setiap fakta dua misi itu tepat,” katanya.

Mengenai perbelanja­an besar pembikinan filem Paskal, Adrian menjelaska­n jumlah itu membabitka­n kos kesan khas komputer, senjata, penggambar­an di lokasi lebih baik bagi hasil yang berkualiti.

 ??  ??
 ??  ?? ADRIAN (berkot) bersama pelakon filem Paskal.
ADRIAN (berkot) bersama pelakon filem Paskal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia