Harian Metro

Selamat 600 kucing jalanan

-

Azizah belanjakan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan beli barang keperluan

Ungkapan paling tepat diberikan kepada wanita ini adalah si pembela kucing kerana hanya individu yang mempunyai kemuliaan hati luar biasa saja sanggup melakukan tindakan sepertinya.

Azizah berkata, pengalaman kucing mati di pangkuanny­a tidak akan dilupakan sampai bila-bila dan peristiwa itu sangat menyentuh hatinya selain masih segar dalam ingatan hingga ke hari ini.

“Sebelum ini, keadaannya (kucing mati di pangkuan) sangat teruk dengan matanya buta, gigi patah dan koma selama dua minggu kerana didera.

“Bagaimanap­un, saya merawatnya hingga sihat. Kucing itu juga bagaikan mengetahui ajalnya sudah hampir apabila bertukar menjadi terlalu manja dan mahu sentiasa berada di pangkuan.

“Saya membelainy­a dan tidak menyangka tidak lama selepas itu ia mati. Tidak dapat digambarka­n kesedihan yang saya alami ketika itu kerana ia berlaku berulang kali,” katanya kepada Nuansa.

Sejujurnya Azizah sudah ‘jatuh cinta’ dengan kucing begitu juga suami dan anak.

Katanya, boleh dikatakan mereka sekeluarga adalah ‘keluarga kucing.’

Menurut Azizah, disebabkan terlalu obses dengan kucing dia tidak boleh melihat haiwan itu terbiar dalam keadaan kurang sempurna di manamana saja.

“Kerap kali tujuan asal ke pasar untuk membeli ikan dan sayur dibatalkan hanya kerana menyelamat­kan kucing jalanan yang dijumpai.

“Sekarang jika ke pasar, suami yang akan beli barangan basah (ikan dan sayur) sementara saya hanya tunggu dalam kereta bagi mengelak terjumpa kucing,” katanya.

Katanya, dia akan berasa tidak senang duduk jika tidak menyelamat­kan mana-mana kucing jalanan yang dijumpainy­a.

“Kerap juga saya pergi semula ke tempat kucing yang dilihat untuk menyelamat­kannya walaupun sudah tiba di rumah.

“Saya rasa seperti ada ‘tarikan’ antara saya dengan kucing yang menyebabka­n keinginan menyelamat­kan haiwan berkenaan begitu kuat,” katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, sejak enam tahun lalu hampir 600 kucing jalanan berjaya diselamatk­an dan kemudian dirawat hingga sihat sebelum diserahkan kepada keluarga angkat baru.

“Peluang mengambil haiwan itu untuk dipelihara secara percuma dibuka menerusi pameran diadakan bersama Kelab Kucing Malaysia dan pengumuman di laman sosial.

“Kami tidak beri kucing itu kepada sebarangan orang kerana saya terlebih dulu akan menemu duga individu berkenaan bagi memastikan mereka benar-benar mahu memelihara haiwan terbabit dengan betul.

“Saya tidak mahu kucing itu ‘dianiaya’ atau didera hingga akhirnya kembali ke tempat asal iaitu menjadi kucing jalanan,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH memberi ubat kepada satu daripada 90 kucing jalanan yang tinggal
di rumahnya.
AZIZAH memberi ubat kepada satu daripada 90 kucing jalanan yang tinggal di rumahnya.
 ??  ?? TERDAPAT kucing jalanan yang dijaga Azizah pernah didera.
TERDAPAT kucing jalanan yang dijaga Azizah pernah didera.
 ??  ?? KUCING yang pernah didera dirawat hingga sihat sebelum diserahkan
kepada keluarga angkat baru.
KUCING yang pernah didera dirawat hingga sihat sebelum diserahkan kepada keluarga angkat baru.
 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia