Harian Metro

Hidupkan semula fungsi sisa

-

bukan konvension­al ini dihasilkan menggunaka­n medium di luar kebiasaan, membuatkan proses penghasila­n karya bagi setiap artis itu lebih menarik.

Menurut Kurator

Galeri G13 Heikal Taki, penggunaan medium bukan konvension­al dalam penghasila­n karya bukan saja mengubah rupa bentuk hasil seni sematamata tapi pada masa sama membangunk­an semula kerja seni dan disiplin dalam proses artistik.

“Artis yang menyelitka­n sisa bahan dalam kerja tangan mereka lebih cenderung menghidupk­an semula fungsi sisa atau lebihan bahan itu.

“Mungkin tidak ramai sedar artis sebegini adalah orang yang menghargai sesuatu barangan dan memanjang hayatnya dengan memberi nafas baru,” katanya.

Sebanyak 16 karya pelbagai genre ditampilka­n menerusi hasil kerja tangan Agnes Lau, Anisa Abdullah, Azizi Latif, Bakir Baharom, Fazrin Abd Rahman, Jamil Zakaria, Nor Tijan Firdaus dan Yim Yen Sum.

Walaupun setiap artis harmoni dengan satu tema iaitu bukan konvension­al, setiap seorang menampilka­n identiti dan keunikan tersendiri.

Heikal menerangka­n karya Agnes dalam pameran kali ini ternyata berbeza kerana walaupun artis itu sinonim dengan medium tanah liat dan arca seramik, kerja tangannya kini memberi penekanan pada minimalism­e.

“Agnes mengetenga­hkan gaya minimalism­e dan kualiti garisan dalam menterjema­hkan buah fikirnya terhadap kehidupan.

“Anisa pula mengambil cebisan bahan bacaan untuk menghasilk­an pelbagai imej seperti potret dan landskap urban. Gabungan idea menggambar­kan orang atau item dengan melankolik sentuhan kolaj kanvas menghidupk­an karya itu sendiri,” katanya.

Bagi yang ingin melihat teknik berbeza, Bakir mencipta visual dengan membakar barangan yang mudah terbakar.

“Tanpa berus atau pensel, Bakir perlu mengawal pembakaran­nya agar dapat menghasilk­an visual diingini. Jadi, artis perlu terperinci dengan mengawal proses pembakaran.

“Selain itu, penonton pasti teruja melihat hasil karya Nor Tijan yang gemarkan menggunaka­n bahan kitar semula seperti mainan dan ‚e-sisa‘. Menariknya, material dipilih sesuai mengikut cerita atau mesej yang ingin diterjemah­kan dalam karya seninya,” katanya.

Pameran yang berlangsun­g dari 10 Mac hingga 24 Mac depan terbuka kepada orang ramai. Kunjungi Galeri G13 di tingkat bawah, Block B, Kelana Square, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor atau layari www.facebook. com/G13gallery untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? KARYA potret unik sentuhan Nor Tijan menggunaka­n medium kitar semula seperti ‘e-sisa’.
KARYA potret unik sentuhan Nor Tijan menggunaka­n medium kitar semula seperti ‘e-sisa’.
 ??  ?? HASIL arca kanvas dan akrilik dihasilkan Azizi menampilka­n keunikan tersendiri.
HASIL arca kanvas dan akrilik dihasilkan Azizi menampilka­n keunikan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia