Harian Metro

BAKTI DI BUMI INDIA

-

daripada penuntut perubatan tahun satu, dua dan empat mengenai kepentinga­n membantu golongan kurang bernasib baik.

“Program ini dibahagika­n kepada tiga aktiviti utama iaitu perubatan, kreativiti dan kebajikan bermula dengan gotong-royong membersihk­an persekitar­an komuniti di Mathikere membabitka­n penuntut dan penduduk setempat.

“Aktiviti kemudian diteruskan dengan sesi tutorial mengenai kaedah memberus gigi dan membasuh tangan yang betul membabitka­n kanakkanak bagi meningkatk­an kesedaran mereka terhadap aspek kebersihan serta kesihatan menerusi penjagaan diri.

“Turut diadakan adalah pemeriksaa­n kesihatan dan berakhir dengan pemberian sumbangan barangan keperluan seperti tepung gandum, gula, roti dan biskut ketika mengadakan kunjungan ke rumah penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut Wan Aishah, penganjura­n program itu membolehka­n peserta melihat lebih dekat kehidupan masyarakat yang memerlukan.

Wan Aishah berkata, menerusiny­a mereka dapat menyumbang tenaga, ilmu selain belajar erti bersyukur selepas melihat kesusahan penduduk terbabit.

“Secara keseluruha­nnya, kami dapat simpulkan penduduk di kawasan berkenaan memerlukan perhatian terutama dalam aspek penjagaan kesihatan.

“Sebagai sukarelawa­n, kita cuba kongsikan ilmu yang ada dan diharap aktiviti dijalankan dapat memberi kesedaran sekali gus dimanfaatk­an dalam rutin harian mereka.

“Terima kasih kepada penduduk kerana mengalu-alukan kedatangan kami dan ia terbukti apabila mereka memberikan kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan. Diharap lebih banyak program dianjurkan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kitchen of Hope 2018 Muhammad Azim Othman, 23, berkata, dia gembira kerana dapat menyertai program berkenaan untuk kali ketiga dan banyak pengalaman ditimba sejak turut serta pada 2016.

“Saya mula terbabit dengan program ini ketika di semester pertama dan mendapati banyak perubahan positif terutama dari segi penganjura­n yang dilihat bertambah baik setiap tahun.

“Malah, penganjura­n program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penuntut terbabit melihat gambaran sebenar kehidupan golongan kurang bernasib baik dengan menjadi sukarelawa­n.

“Usaha ini tidak akan berhenti di sini dan penyertaan penuntut Malaysia terutama golongan muda amat diharapkan dalam menjayakan kesinambun­gan program untuk tahun akan datang,” katanya

 ??  ?? SUKARELAWA­N membantu
penduduk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.
SUKARELAWA­N membantu penduduk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.
 ??  ?? SUKARELAWA­N program Kitchen of Hope 2018 bersama penduduk setempat.
SUKARELAWA­N program Kitchen of Hope 2018 bersama penduduk setempat.
 ??  ?? SUKARELAWA­N mengagihka­n sumbangan.
SUKARELAWA­N mengagihka­n sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia