Harian Metro

Persediaan sebelum berlepas

-

Oleh itu, apabila hendak ke negara empat musim, ramai akan mencadangk­an pemakaian pelbagai jenis losen, krim dan gel untuk melindungi kulit daripada kesan kering.

Keadaan mungkin lebih teruk jika anda masih menggunaka­n pencuci muka yang sama di negara sejuk. Ini kerana setiap pembersih wajah mempunyai fungsi tersendiri mengikut keperluan pemakai. Berikut, beberapa tip yang boleh diberi perhatian sebelum anda berlepas ke negara empat musim! kulit kering dan sensitif. Suhu sejuk, kering dan berangin boleh memberi kesan buruk kepada kulit. Kulit akan mula merekah, berkeping serta kemerahan kerana terlalu kering. Jika dibiarkan, kulit boleh jadi gataldanpe­cah.

Sebab itulah perlunya losen yang kaya dengan fungsi melembap serta mampu mengekalka­n kesihatan kulit. Pilih losen mengandung­i perahan minyak zaitun, avokado atau mentega shea. Elakkan pelembap kulit yang mengandung­i wangian kerana ia mungkin memburukka­n lagi keadaan.

Carapemaka­ian pelembap juga penting. Sapu pelembap ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi. Ulang pakai di bahagian kulit yang terdedah setiap kali perlu.

Bibir mudah kering apabila cuaca terlalu panas atau sejuk, kurang air dalam badan serta keletihan. Bagi yang suka mengenakan gincu, pilih asas bibir kaya dengan pelembap. Sapu secara kerap terutama selepas mandi, ketika berada di luar dan sebelum tidur.

Ada kemungkina­n pelembap bibir yang biasa digunakan setiap hari tidak sesuai dipakai di negara sejuk. Jadi, buat pilihan tepat sebelum terbang atau beli saja di negara yang bakal dikunjungi. Bagi mereka yang berkulit sensitif, pilih pelembap bibir tanpa warna untuk mengelakka­n kesan sampingan. Usah gunakan pengilat bibir dengan kesan kilauan berlebihan kerana ia mungkin menjejaska­n penampilan anda.

Tidak kira sama ada anda wanita bertudung atau tidak, berada di negara sejuk boleh menampakka­n kesan perubahan kepada rambut. Ini kerana, kebanyakan wanita di negara tropika mencuci rambut dengan air bersuhu normal, tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk. Mereka juga cenderung memilih syampu dua dalam satu (lengkap dengan perapi) untuk mengelakka­n kulit kepala berminyak.

Berbeza jika berada di negara sejuk, kita cenderung membersihk­an diri dengan air suam, merapikan rambut menggunaka­n pengering dan terdedah kepada suhu lebih rendah ketika berada di luar.

Perubahan sebegini kerap mendatangk­an masalah rambut kering, kusut dan mudah putus. Penyelesai­an terbaik adalah dengan menggunaka­n perapi rambut bersesuaia­n setiap kali selepas mandi. Anda boleh memilih jenis perapi yang perlu dibilas, tanpa bilas atau menggunaka­n campuran minyak organik seperti argan dan minyak kelapa untuk mengekalka­n kesihatan rambut.

Memandangk­an udara di negara sejuk boleh mengeringk­an kulit, pertimbang­kan untuk membawa bekalan pupur muka sebagai alternatif melembapka­n kulit wajah, sekali gus mengurangk­an risiko kulit retak.

Pupur muka jenis topeng paling praktikal kerana mudah dibawa.

Pilih topeng muka mengandung­i pati avokado untuk mengembali­kan nutrien pada kulit wajah. Bagi yang mengalami kulit kering, pilih topeng muka dengan pati timun atau aloe vera untuk melegakan kesan perit, sekali gus mengembali­kan kelembapan pada wajah.

Pakaiselam­a15ke30 minit sebelum tidur atau amalkan setiap kali sebelum mengenakan sebarang alat solek pada wajah.

Sering kali kita lupa untuk mengenakan pelembap pada tangan menyebabka­n kesan penuaan yang ketara. Tidak kira sama ada di negara tropika mahupun empat musim, pelembap sangat penting untuk tangan dan kuku. Namun, tidak ramai yang menjadikan sapuan pelembap di bahagian berkenaan sebagai tabiat.

Melembapka­n tangan dan kuku dengan pelembap bersesuaia­n ialah cara yang baik untuk mengekalka­n kesihatann­ya. Urutan dan pemakaian sarung tangan selepas memakai pelembap ketika tidur atau sebelum keluar bersiar-siar membantu mengunci lembapan pada kulit.

Jangan ingat bahawa cuaca sejuk tidak mengundang risiko jerawat, liang wajah tersumbat dan sebagainya. Jika anda biasa menggunaka­n penanggal solekan jenis cecair, ada eloknya jika memilih jenis minyak ketika di negara sejuk.

Ini kerana penanggal mekap jenis cecair mungkin boleh merosakkan tekstur kulit dan meningkatk­an lagi risiko kulit kering serta retak. Berbeza dengan minyak, kulit lebih mudah dibersihka­n, sekali gus mengekalka­n kelembapan wajah. Kemudian, pilih pembersih muka tanpa buih untuk mengelak kulit kering.

Seeloknya, dapatkan produk penjagaan diri dan wajah yang bersesuaia­n dengan suhu dan cuaca negara yang hendak dikunjungi. Dapatkan maklumat dan cadangan terbaik menerusi carian di Internet dan cuba sendiri produk dalam tempoh 24 jam untuk melihat kesannya kepada kulit. -Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ??
 ??  ?? LOSEN pelembap.
LOSEN pelembap.
 ??  ?? PELEMBAP bibir.
PELEMBAP bibir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia