Harian Metro

Lela Reborn pertaruh 5 lagu

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Tampil dengan konsep rock moden, enggan dikaitkan dengan kumpulan Lela

Tidak sah menyebut nama kumpulan Lela tanpa mengaitkan lagu popular mereka Bidadari.

Lagu ciptaan Din Omar yang dihasilkan pada awal 1990-an itu terus malar segar dan dimainkan di stesen radio hingga hari ini.

Selepas zaman kegemilang­an mereka berlalu, Lela bangkit mencuba nasib dengan menghasilk­an album berjudul Siapa Benar pada 2010, namun kurang diterima peminat.

Tidak putus asa, pengasas kumpulan ini, Din Omar atau nama sebenarnya Salehudin Omar kini tampil dengan barisan pemuzik baru dan menamakan kumpulan mereka sebagai Lela Reborn.

Menariknya, vokalis mereka iaitu Hengky Hepon didatangka­n khas dari Indonesia. Anggota lain ialah Ahmad Lutfi Abdul Malek atau Lutfi (gitar utama), Shahmizan Shapiei@ Apex (keyboard) dan Noor Shazlan Mohammad@ Lan Todak (dram).

“Album Siapa Benar ialah projek khas yang menampilka­n dua anggota asal iaitu saya dan Ali, manakala Lela Reborn ditubuhkan tahun lalu dianggotai oleh pemuzik muda yang berbakat.

“Mereka asalnya pemuzik undangan yang aktif di Lela Studio Empire milik saya. Selepas perbincang­an, kami sepakat menubuhkan Lela Reborn,” katanya.

Mereka kemudian mencari material untuk album ini dan selepas semuanya sempurna barulah Din mengenal pasti penyanyi yang sesuai.

“Saya buat sesi uji bakat yang dihadiri beberapa individu. Sebelum ini saya pernah ke Jakarta untuk satu projek album yang diedarkan wakil di sana dan kebetulan berjumpa Hengky.

“Dia menyanyi solo dan akhirnya terfikir kenapa tak mencuba menggunaka­n khidmat Hengky kerana nyanyianny­a juga bagus,” katanya.

Album Lela Reborn mempertaru­hkan lima lagu baru dan dua minus one serta dipasarkan menerusi medium digital iTunes, Spotify dan JOOX.

“Kami bersyukur diterima sebagai artis Universal Music Malaysia dan diuruskan oleh Fauzi Omar. Dengan usahanya, video muzik kami kini disiarkan menerusi Vevo dan YouTube.

“Kami mulakan dengan memperkena­lkan single di Indonesia berjudul Jujur Merinduimu, manakala di Malaysia pula dengan dua lagu berjudul Haruskah dan Aku Bukan Untukmu,” katanya.

Din menyedari cita rasa peminat generasi sekarang yang mahukan perubahan dan segi muzik. Oleh itu, Lela Reborn tampil dengan konsep rock moden, tetapi melodi lagunya masih kekal dengan konsep lama.

“Elemen muziknya terkini tapi sentuhan lagunya berbunyi 1990-an. Lagu Haruskah berentak moden, manakala Aku Bukan Untukmu dan Jujur Merinduimu berentak balada yang sering jadi pilihan peminat.

“Kami tiada sambungan lagu Bidadari kerana Lela Reborn tampil dengan kelainan. Bahkan kami tak nak dikaitkan dengan Lela terdahulu,” katanya.

Mengulas kekeliruan peminat dengan Ali Lela yang kini tampil secara solo, Din berkata, masingmasi­ng bebas mencari rezeki mengikut cara sendiri.

“Ia bukanlah satu masalah besar buat kami kerana peminat bebas memilih. Syukur mereka sokong kami dan buktinya Lela Reborn dah berjaya jual 700 keping cakera padat di lokasi persembaha­n yang dijayakan.

“Saya berani katakan album ini lebih baik daripada album Lela sebelum ini. Hengky juga sudah belajar mengenai budaya kita dan semakin pandai menyesuaik­an dirinya di sini. Dia tak kisah kena berulang-alik ke Malaysia sekiranya ada promosi dan menjayakan persembaha­n,” katanya.

 ??  ?? Kami bersyukur diterima sebagai artis Universal Music Malaysia dan diuruskan oleh Fauzi Omar
Kami bersyukur diterima sebagai artis Universal Music Malaysia dan diuruskan oleh Fauzi Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia