Harian Metro

Konflik perisik wanita Russia

-

Filem provokasi terhadap negara lain yang dibuat Amerika Syarikat (AS) memang biasa dilakukan.

Russia antara yang sentiasa berada dalam senarai jika membabitka­n filem mengenai perisikan.

Red Sparrow arahan Francis Lawrence adalah sebuah percaturan yang tentu menimbulka­n isu konspirasi.

Filem yang mula ditayangka­n di sini, esok adalah contoh filem provokasi yang pelaksanaa­nnya sangat bijak.

Plot filem dibintangi Jennifer Lawrence,

Joel Edgerton, Matthias Schoenaert­s, Jeremy Irons, Charlotte Rampling, Ciaran Hinds, Joely Richardson, Bill Camp dan Thekla Reuten ini juga sangat meyakinkan.

Tidak seperti filem perisikan lain, watak utama Dominika Egorova lakonan Jennifer bukanlah watak penyamaran sebagai perisik. Sebaliknya, ia dikembangk­an daripada orang biasa kepada perisik terlatih.

Perjalanan­nya daripada seorang penari balet menjadi perisik diceritaka­n dengan begitu jelas.

Tiada putaran cerita terhadap watak itu yang membuatkan penonton ragu-ragu latar belakangny­a.

Sebaliknya, Dominika terjebak dalam bidang itu selepas tersepit dalam dilema. Kemalangan yang berlaku kepadanya meragut impiannya untuk meneruskan kerjaya sebagai penari balet.

Segala usaha kerasnya sebelum itu adalah demi memberikan kesenangan kepada ibunya. Gajinya sangat penting untuk digunakan membiayai ibunya yang sakit.

Apabila hilang punca pendapatan, di situlah bapa saudaranya Ivan Egorov mengambil kesempatan. Ugutan halus dibuat terhadap Dominika membuatkan dia akur untuk menjadi perisik Rusia.

Isu kekeluarga­an antara konflik utama yang menjadi mesej penting filem itu.

Walaupun Dominika sangat menyayangi dan sanggup berkorban untuk ibunya, bagaimanap­un dia tidak boleh mempercaya­i bapa saudaranya sendiri Ivan.

Tiada pilihan dalam hidup angkara kelebihan yang diberikan dalam kehidupan sudah tiada membuatkan dia buntu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengikut perintah

 ??  ?? BUKAN plot cerita perisikan yang klise.
BUKAN plot cerita perisikan yang klise.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia