Harian Metro

Idam watak Wolverine

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Eastwood jelaskan akan terus bersetuju sekiranya diberi peluang

Bintang filem Pacific Rim Uprising, Scott Eastwood menyuaraka­n keinginan untuk membawa watak Wolverine yang sebelum ini dilakonkan Hugh Jackman selama 17 tahun.

Pelakon berusia 32 tahun itu pernah beraksi dalam filem adiwira Suicide Squad sebagai anggota tentera laut.

Dalam temu bual bersama Screen Rant baru-baru ini, Eastwood memberitah­u akan segera bersetuju melakonkan watak Wolverine sekiranya diberi peluang.

“Saya suka Wolverine. Dia antara karakter komik kegemaraan saya.

“Wolverine seorang berani memberonta­k. Dia bukan jenis yang mengikut undang-undang.

“Karakter seperti itu yang saya idamkan,” katanya.

Oktober lalu, Eastwood turut meluahkan minat terhadap mutan Weapon X itu ketika ditanyakan watak adiwira yang ingin dilakonkan pada acara Comic Con New York.

Eastwood akan berganding­an dengan John Boyega dalam sekuel Pacific Rim: Uprising akan menemui penonton di Malaysia pada 22 Mac ini.

Filem fiksyen sains arahan Steven DeKnight itu mengetenga­hkan kejadian selepas pertempura­n di Breach.

Sebuah organisasi misteri beroperasi di Breach untuk menyeru kemunculan semula raksasa Kaiju manakala satu Jaeger didapati memberonta­k.

Barisan pelakon lain membintang­i Pacific Rim: Uprising adalah Cailee Spaeny, Jing Tian, Adria Arjona, Charlie Day, Burn Gorman dan Rinko Kikuchi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia