Harian Metro

Tauhu ‘berhantu’

- Mahaizura Abd Malik news@nstp.com.my

 Shahida lepaskan kerjaya penganalis­is sistem untuk ceburi perniagaan makanan

Pada mulanya dia sekadar memasak untuk diri sendiri dan rakan sepejabat namun siapa sangka Shahida Yaacob, 32, kini mampu tersenyum puas selepas percubaann­ya menceburi tempahan membuat tauhu bergedil kini menjadi sumber mata pencarian utamanya.

Menurutnya, dia sanggup melepaskan kerjaya sebagai penganalis­is sistem sebuah syarikat swasta demi berkecimpu­ng serius dalam bidang berkenaan sejak September lalu.

“Saya memang suka makan dan memasak, malah ketika masih bekerja dulu pun selalu bawa makanan sendiri ke pejabat.

“Suatu hari, saya membeli tauhu bergedil dan mencubanya. Ketika itulah muncul idea untuk mengolah resipi mengikut citarasa sendiri menggunaka­n tauhu bersaiz mini,” katanya.

Menurutnya,

dia

mula membuka tempahan selepas percubaan pertama menjadi apabila ramai orang sekeliling termasuk rakan dan keluarga memberikan komen positif dan memberikan idea supaya ia dikormersi­alkan.

“Keistimewa­an tauhu bergedil versi saya ini rahsianya terletak pada pencicah cili kicap yang saya buat menggunaka­n resipi asli ciptaan sendiri dan tidak dijual di mana-mana.

“Ada pelanggan sanggup menempah untuk membeli cili kicap saja,” katanya yang membuka tempahan menerusi Instagram, Tahuberhan­too.

Shahida berkata, biarpun proses penyediaan rumit dan memakan masa antara lapan hingga sembilan jam, ia tidak sedikit pun mematahkan semangatny­a meneruskan minatnya itu.

“Dalam sehari, saya hanya mampu menyediaka­n tempahan antara 30 hingga 40 kotak memandangk­an saya seorang yang membuat semua proses daripada membeli bahan, memasak serta menghantar kepada pelanggan.

“Jujurnya buat tauhu bergedil ini memang tidak mudah dan rumit, tetapi apabila pelanggan gembira kerana tauhu bergedil yang dimakan itu sedap dengan sendirinya penat itu akan hilang.

“Dari situlah saya dapat rasa erti kepuasan sebenar,” katanya yang mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari rumahnya di Ukay Perdana di sini.

 ??  ??
 ??  ?? SHAHIDA bersama tauhu
bergedil ciptaannya yang kini menjadi viral. SHAHIDA menyediaka­n rempahan tauhu bergedil.
SHAHIDA bersama tauhu bergedil ciptaannya yang kini menjadi viral. SHAHIDA menyediaka­n rempahan tauhu bergedil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia