Harian Metro

Ikat, belasah isteri sebelum kebas wang, barang kemas

- Muhamaad Razis Ismail razis@nstp.com.my

Alor Setar: Terdesak inginkan wang menyebabka­n seorang lelaki tergamak mengikat tangan, kaki dan mulut isterinya sebelum membelasah­nya di rumah mereka di Taman Perindustr­ian Kristal, Mukim Pumpung, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek berusia 37 tahun itu turut merampas wang tunai RM4,000 dan barangan kemas seberat 45 gram dianggarka­n bernilai RM9,000 sebelum melarikan diri sehingga kini.

Menceritak­an semula kejadian itu, mangsa Anwara Abdul Hashim, 28, berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang juga etnik Rohingya sejak empat tahun lalu namun tidak menyangka lelaki itu tergamak memperlaku­kannya sedemikian rupa.

Menurutnya, suaminya sanggup berpakat dengan seorang adiknya dan rakan untuk melakukan perbuatan itu. “Mereka mengikat tangan dan kaki dengan tali manakala mulut dengan kain sebelum suami memukul di kepala dan badan.

“Dia memberitah­u ingin wang segera kerana ingin pulang ke Bangladesh dan terus mengambil wang tunai milik adik dan bapa saudara yang disimpan oleh saya,” katanya.

“Ibu, abah sakit sebab kemalangan,” kata Muhamad Amin Syahiran, 4, yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya, kelmarin.

Muhamad Amin Syahiran yang leka bermain kereta mainan bersama adiknya, Muhamad Anas Akil, 11 bulan berkata demikian ketika ditanya neneknya, Sabariah Mamat, 60, mengenai ibu bapanya.

Dua beradik itu kemudian dilihat terus asyik bermain sambil diperhati oleh datuk mereka Mat Nawi Salleh, 62, dan mereka masih belum mengerti kejadian yang menimpa itu kerana menyangka ibu bapa masih bekerja.

Dua beradik itu menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka, Mohd Sazarim Mat Nawi, 31, dan Nur Annisa Ismail, 27, yang sedang hamil dua bulan maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, Kota Bharu awal pagi kelmarin.

“Setakat ini, kami hanya mampu beritahu ibu dan ayahnya sakit sebab eksiden (kemalangan) saja kerana mereka masih kecil dan belum faham perkara sebenar,” katanya di rumahnya di Kampung Sat Hulu di sini, semalam.

Bagi Sabariah, dia dan suami kini mengambil alih menjaga dua beradik ini seperti anak sendiri dan sama sekali tidak akan menyerahka­n kepada orang lain.

 ??  ??
 ??  ?? MAT Nawi dan isteri, Sabariah bersama dua cucu arwah di rumah mereka di Kampung Sat Hulu, Tanah Merah.
MAT Nawi dan isteri, Sabariah bersama dua cucu arwah di rumah mereka di Kampung Sat Hulu, Tanah Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia