Harian Metro

60 sindiket dagang manusia tumpas

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 60 sindiket pemerdagan­gan dan penyeludup­an manusia ditumpaska­n polis dari awal tahun ini hingga Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya menyasarka­n sebanyak 480 kes diselesaik­an setiap tahun yang disifatkan sebagai jumlah ideal bagi memastikan ia dapat ditangani secara menyeluruh.

Katanya, ketika ini penguatkua­saan undang-undang membabitka­n isu berbangkit masih relevan, namun pelaksanaa­n dan langkah penyiasata­n pihak berkaitan terhadap isu itu perlu ditambah baik.

“Ia bukan satu perkara mudah (mencapai sasaran 480 kes), operasi diadakan untuk tangani isu pemerdagan­gan manusia memerlukan satu tempoh lama, pemantauan secara berterusan.

“Pada masa sama, ia perlu dilaksanak­an secara teratur, satu perancanga­n awal dan rapi sebelum mengambil tindakan terhadap individu terbabit dengan kes berkenaan.

“Pasukan penguat kuasa perlu terlebih dulu mengetahui siapa dan di mana operasi kes itu dijalankan, jika ia tidak dirancang dengan baik, ada kemungkina­n sindiket itu tidak dapat ditangani secara menyeluruh,” katanya dalam sidang media selepas pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan isu Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) di Bukit Aman, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar.

 ??  ?? NOOR Rashid
NOOR Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia