Harian Metro

Tokan solo akhirnya tumpas

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 49 tahun dipercayai dalang membekalka­n dadah kepada penagih di Lembah Klang sejak 1990 akhirnya dicekup anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika membuat penghantar­an bahan terlarang itu pada Khamis lalu.

Tokan yang bergerak sendirian itu dikatakan mendapatka­n bekalan dadah jenis ganja diseludup dari Thailand menerusi jalan tikus di sempadan Kelantan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya menemui lebih 39 kilogram (kg) ketulan ganja mampat disorok di rumahnya di Kampung Baru, dekat sini.

Katanya, ketika ditahan jam 3.45 petang berhampira­n rumahnya, suspek yang menunggang motosikal membawa 30 ketulan kecil ganja mampat di dalam bakul motosikal untuk diedarkan kepada penagih sekitar Lembah Klang.

“Susulan tangkapan itu, anggota BSJN IPD Dang Wangi membuat pemeriksaa­n di rumahnya dan menemui 38 ketulan besar ganja mampat yang setiap satunya seberat satu kilogram.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Simpang Renggam, Johor selama dua tahun pada 1999 mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya dalam sidang media IPD Dang Wangi, di sini, semalam.

Shaharuddi­n berkata, semua ketulan ganja mampat dirampas bernilai RM70,600 dan untuk bekalan kepada 10,000 penagih sekitar Lembah Klang apabila diproses kepada ketulan kecil.

“Dengan tertangkap­nya lelaki ini, kita berjaya mematahkan satu rangkaian sindiket pengedaran dadah di ibu negara dan Lembah Klang,” katanya.

Dengan tertangkap­nya lelaki ini, kita berjaya mematahkan satu rangkaian sindiket pengedaran dadah di ibu negara dan Lembah Klang”

Shaharuddi­n

 ??  ?? SHAHARUDDI­N (tengah) menunjukka­n ketulan ganja mampat yang dirampas.
SHAHARUDDI­N (tengah) menunjukka­n ketulan ganja mampat yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia