Harian Metro

Periksa kesihatan

- Julia Fiona dan Farah Diana Baharudin news@nstp.com.my

 Penggiat sukan disyor jalani pemeriksaa­n rutin elak risiko

Mereka yang terbabit secara aktif dalam aktiviti bersukan digalakkan menjalani sesi pemeriksaa­n kesihatan bagi mengelakka­n sebarang risiko yang tidak dijangka.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata, atlet umumnya lebih baik berbanding orang biasa, namun masih memerlukan pemeriksaa­n rutin untuk mengetepik­an sebarang isu asas kesihatan.

“Sebagai pakar kesihatan, kami mahu meningkatk­an kesedaran berkaitan kepentinga­n pemeriksaa­n dalam mengurangk­an risiko masalah kesihatan berbahaya ketika menjalani aktiviti sukan.

“Terutamany­a bagi mereka yang merokok atau mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Melalui pemeriksaa­n jantung yang teratur, kita bukan saja boleh memantau sebarang perubahan yang tidak normal dalam tubuh seseorang, malah dapat mengetahui jika ada kecederaan sebelum ini,” katanya.

IJN bekerjasam­a dengan pasukan Forca-Amskins Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) menawarkan perkhidmat­an penjagaan kesihatan kepada pelumba basikal profesiona­l, semalam.

Hasil kerjasama selama dua tahun, pasukan Forca-Amskins akan menikmati pemeriksaa­n kesihatan tahunan percuma dan mendapat manfaat sepanjang acara perlumbaan pasukan.

Dr Mohd Azhari berkata, kerjasama itu menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah aktif dalam menjaga kesihatan jangka panjang.

 ??  ?? DR Azhari (berdiri tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Forca-Amskins, Mohd Faiz Sharifuddi­n (berdiri enam dari kiri) di IJN.
DR Azhari (berdiri tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Forca-Amskins, Mohd Faiz Sharifuddi­n (berdiri enam dari kiri) di IJN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia