Harian Metro

Perlu RM150,000 biaya kos hospital

-

Kuala Lumpur: Keluarga seorang juruteknik audio dan video bebas meletakkan harapan tinggi untuk mengumpul RM150,000 daripada orang ramai untuk membayar bil perubatan ahli keluarga mereka yang menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura.

Mohd Azrul Shaufiz Abu Bakar, 36, dari Cheras sebelum itu dikatakan bekerja untuk sebuah konsert di Singapura sebelum tiba-tiba mengalami serangan jantung pada 5 Mac lalu.

Isterinya, Mazliza Muhamad Yusof, 36, berkata kebetulan permit kerja suami tamat sehari sebelum serangan jantung itu menyebabka­n suami tidak dilindungi insurans.

“Ketika kejadian, Azrul berada di sebuah pusat beli-belah dengan rakan sebelum mengadu sakit dada menyebabka­n rakan membawanya ke sebuah hotel sebelum pengsan.

“Suami saya sepatutnya kembali ke negara ini selepas selesai majlis makan malam yang dianjurkan oleh penganjur konsert pada 6 Mac lalu, bagaimanap­un, insuransny­a hanya memberi perlindung­an sehingga 4 Mac,” katanya.

Azrul dan Mazliza berkahwin empat tahun lalu, mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun dan Mazliza kini mengandung tiga bulan.

“Jika dia mengalami serangan jantung biasa, kami tidak mungkin menghadapi masalah ini, tetapi apa yang terjadi adalah selepas serangan itu, Azrul mengalami komplikasi kerana otaknya tidak menerima bekalan oksigen selama hampir 30 minit.

“Azrul kemudian berada dalam keadaan koma tiga hari dan hari keempat sedar, namun menghadapi masalah hilang ingatan.

“Suami yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura dari 5 Mac hingga 9 Mac kemudian dipindahka­n ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Singapura.

“Setakat ini, kami sudah mengumpulk­an wang RM10,000 daripada rakan Azrul, rakan sekerja dan ahli keluarga, tetapi ia tidak mencukupi,” katanya.

Mereka yang ingin membantu Azrul dan Mazliza boleh menyumbang ke akaun Maybank: 5148 5122 0734.

 ??  ?? MOHD Azrul kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah selepas diserang sakit jantung di Singapura.
MOHD Azrul kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah selepas diserang sakit jantung di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia