Harian Metro

Lelaki belasah isteri direman

-

Tindakan seorang lelaki membelasah isteri yang dirakam dan disebarkan melalui media sosial minggu lalu ditahan, semalam ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek pertama berusia 37 ditahan di tepi jalan di Bandar Parkland, dekat sini, selepas lima hari melarikan diri.

Malah, beliau berkata, ketika ditahan, suspek berada dalam keadaan tidak terurus selain cuba menyembuny­ikan diri di beberapa tempat termasuk Seremban dan Sepang sebelum itu.

“Siasatan mendapati suspek terbabit dalam 14 kejadian jenayah membabitka­n dadah, samun, mendatangk­an kecederaan dan merusuh.

“Dia membelasah isteri disebabkan cemburu selepas merasakan mangsa ada hubungan dengan lelaki lain,” katanya di sini, semalam.

Khamis lalu, perbuatan suspek membelasah isteri berusia 42 di Kawasan Perindustr­ian Klang Jaya, dekat sini, tersebar selepas kejadian jam 9 pagi itu dirakam penduduk.

Dalam video berkenaan, suami wanita terbabit yang berbaju kelabu memukul isteri dengan parang selain menendang dan menumbuk wanita itu di tepi kereta Proton Satria.

Selepas membelasah mangsa, suspek dan seorang rakan menarik wanita itu masuk ke dalam kenderaan serta meninggalk­an lokasi kejadian.

Pasangan berkenaan yang dipercayai berkahwin sejak 15 tahun lalu mempunyai tiga anak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia