Harian Metro

Scrambler kekang peragut

- Mohd Azam Shah Yaacob cnews@nstp.com.my

 IPD Dang Wangi tubuh skuad khas cegah jenayah jalanan

Tubuh pasukan polis Scrambler bertujuan memburu geng penjenayah ragut bermotosik­al di sekitar ibu kota.

Itu inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi apabila melancarka­n Skuad Khas Scrambler Dang Wangi yang melakukan rondaan berkala bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah berkata, skuad berkenaan dilengkapk­an dengan tujuh unit motosikal Kawasaki Scrambler 250cc dan memberi tumpuan bagi mengesan serta memburu suspek kes ragut dan samun jalanan.

Katanya, antara kawasan yang diberi tumpuan skuad khas itu adalah sepanjang kawasan Jalan Ampang termasuk di Wisma Selangor Dredging, Hotel Renaissanc­e, hentian bas berdekatan menara KLCC serta Stesen LRT Ampang Park.

“Skuad ini melakukan rondaan cegah jenayah setiap hari bermula antara jam 12 tengah hari hingga 8 malam. Manakala rondaan selain tempoh berkenaan dilakukan Unit Kereta Peronda (MPV).

“Lokasi rondaan membabitka­n lokasi panas yang kerap berlaku kes ragut serta samun, selain kawasan tumpuan awam dan pelancong,” katanya di IPD Dang Wangi, semalam.

Menurut Shaharuddi­n, kehadiran skuad khas itu diyakini mengurangk­an kadar kejadian samun dan ragut, sekali gus melaksanak­an tindakan susulan pantas jika kes jenayah berlaku.

“Harapan saya kejadian samun dan ragut di kawasan berkenaan dapat dikurangka­n serta dicegah,” katanya.

 ??  ?? SKUAD khas Scrambler Dang Wangi khusus untuk memburu penjenayah ragut di pusat ibu kota.
SKUAD khas Scrambler Dang Wangi khusus untuk memburu penjenayah ragut di pusat ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia