Harian Metro

Janda bawa balik lelaki diserbu

-

Rahsia seorang janda yang sering membawa lelaki termasuk bekas suami ke rumahnya di Kijal, Kemaman terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khamis lalu.

Serbuan dilakukan penguat kuasa JHEAT jam 11 malam selepas menerima maklumat awam mengenai tindak-tanduk wanita berusia 37 tahun itu yang sering membawa lelaki pulang tanpa mengira waktu.

Menurut sumber, ketika serbuan, bekas suami wanita terbabit yang berusia 34 tahun berada di dalam rumah bersama tiga anak mereka berusia empat hingga enam tahun.

Katanya, dalam soal siasat, pasangan berkenaan mengaku bercerai lima tahun lalu.

“Bukan itu saja, wanita terbabit turut mengaku membenarka­n teman lelakinya ke rumah itu, namun merayu hal itu tidak dimaklumka­n kepada bekas suami dengan alasan mahu rujuk semula.

“Bagaimanap­un, ketika penguat kuasa JHEAT mengambil keterangan mereka untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat, wanita terbabit menukar pengakuan asal dengan mendakwa enggan rujuk dengan bekas suami.

“Dia memberitah­u perkahwina­n mereka tidak direstui keluarga bekas suami yang kini bekerja di Kedah,” katanya.

Sumber juga berkata, wanita itu mendakwa bekas suami datang ke rumah itu sekali sekala untuk melawatnya dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia