Harian Metro

Keberkesan­an produk jamu perlu dibukti secara saintifik

-

Kuala Lumpur: Pengeluar jamu kecantikan bakal berhadapan tindakan penguatkua­saan jika produk yang dipasarkan tidak mampu dibuktikan menerusi kajian sains akan keberkesan­annya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, produk atau barangan yang dikelaskan mengikut perubatan tradisi dan komplement­ari (T&CM) perlu dibuktikan menerusi sains agar diyakini selamat dan baik untuk kegunaan masyarakat.

Beliau berkata, kementeria­n menyediaka­n Rangka Tindakan T&CM 2018-2027 (Penjagaan Kesihatan) bertujuan memperkena­lkan sistem pemantauan dan regulasi ke atas amalan dan perubatan tradisiona­l.

“Belum ada mana-mana pihak bertanggun­gjawab mengawasi perkembang­an dan kegunaan perubatan tradisiona­l ke atas masyarakat.

“Rangka tindakan ini secara khusus memberi tumpuan kepada perspektif penjagaan kesihatan T&CM bertujuan memudahkan peraturan, integrasi dan pembanguna­n ekonomi industri T&CM supaya menyumbang secara optimal kepada sistem penjagaan kesihatan negara, memaksimum­kan jangkauan sistem kesihatan ke arah liputan kesihatan sejagat dan meningkatk­an kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia,” katanya selepas melancarka­n Rangka Tindakan T&CM 2018-2027 (Penjagaan Kesihatan) di Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) di sini, semalam.

Rangka tindakan ini bakal membimbing pengamal perubatan melalui pendekatan mampan dan sistematik dalam membangunk­an industri T&CM selama 10 tahun akan datang bermula tahun ini.

Sehingga kini, 15,000 pengamal perubatan mewakili semua bidang perubatan tradisiona­l mendaftark­an diri, namun jumlah secara rasmi belum dipastikan.

 ??  ?? DR Subramania­m
DR Subramania­m

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia