Harian Metro

Hujah agama pengaruh ibu

-

 Doula di Malaysia lebih ekstrem hingga sanggup nasihat wanita bersalin di rumah

Amalan doula di Malaysia didapati lebih ekstrem berbanding di luar negara yang tidak sampai ke tahap menasihati ibu bersalin di rumah yang lebih berisiko.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, doula jika mengikut amalan di luar negara seperti di Amerika tidak sampai ke peringkat menasihati ibu bersalin di rumah atau dalam keadaan bahaya.

Namun, katanya, di negara ini lebih ekstrem kerana mereka menasihati ibu bersalin di rumah walaupun tidak mengetahui keadaan ibu terbabit sama ada berisiko tinggi atau tidak.

Malah, katanya, masih ada lagi pihak yang menggunaka­n pengaruhny­a dikaitkan dengan agama seperti kononnya mengatakan Maryam dulu melahirkan Nabi Isa tanpa pembantu.

“Mereka pandai bercakap dan akhirnya ibu ini terpengaru­h dengan mereka dan melahirkan bayi di rumah,” katanya ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) mengenai doula pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Hilmi berkata, pihaknya bimbang apabila bayi lahir di rumah akan menyebabka­n berlaku banyak kematian.

“Doula dalam bahasa Greek maknanya hamba wanita tujuan asal membantu wanita hamil seperti memberi nasihat dan membuat urutan tetapi tidak boleh menyambut kelahiran bayi.

“Mereka kalau mahu menyambut kelahiran bayi mesti berdaftar dan mendapatka­n sijil terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata, peratus kelahiran tidak selamat bagaimanap­un menurun daripada 7.1 peratus pada 1990 kepada 1.3 peratus pada 2012 dan 0.42 peratus pada 2016 berbanding purata kelahiran antara 440,000 hingga 450,000 setahun.

Menurutnya, berdasarka­n analisis laporan diterima, tiga faktor utama menyumbang kepada kelahiran tidak selamat iaitu tiada pengangkut­an ke fasiliti kesihatan, jarak rumah yang jauh dari fasiliti kesihatan dan ramai juga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersalin di rumah.

“Sejak 2014, peratus kelahiran tidak selamat akibat pengaruh aktiviti doula dalam kalangan kelahiran tidak selamat adalah kurang daripada 0.5 peratus.

“Bagaimanap­un, berlaku peningkata­n bilangan kelahiran tidak selamat yang membabitka­n aktiviti doula di mana dua kelahiran dilaporkan masing-masing pada 2014 dan 2015.

“Bilangan ini meningkat kepada enam kelahiran pada 2016 dan tujuh kelahiran pada 2017.

“Akibat kelahiran tidak selamat membabitka­n doula ini, sebanyak tiga kematian bayi baru lahir dilaporkan iaitu satu kes masing-masing pada 2016, 2017 dan Januari 2018,” katanya.

 ??  ?? DR Hilmi
DR Hilmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia