Harian Metro

Pantau 3,871 akaun Facebook

-

Kuala Lumpur: Kerajaan ketika ini memantau 3,871 akaun Facebook yang dipercayai aktif menyebarka­n fahaman militan untuk merekrut anggota baharu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, berkata seramai 240 individu ditahan berdasarka­n hasil risikan, manakala 800 akaun Facebook disekat bagi mengekang penularan fahaman militan di negara ini.

“Berdasarka­n penggunaan Twitter untuk merekrut anggota baru militan, kita memantau 76 individu, lapan ditangkap dan menyekat sembilan akaun.

“Penggunaan Instagram pula, 72 individu dipantau, manakala ditangkap hanya seorang,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) di Dewan Rakyat, semalam.

Shabudin menimbulka­n kegusaran dalam kalangan pengguna dunia siber yang terdedah dengan risiko penyebaran fahaman militan.

Menjawab soalan asalnya mengenai keberkesan­an program deradikali­sasi, Masir berkata, usaha itu masih dilaksanak­an terhadap 19 tahanan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

“Program bagi membolehka­n mereka kembali untuk hidup semula dalam kalangan masyarakat ini membabitka­n 18 rakyat tempatan dan seorang warga asing.

“Daripada jumlah berkenaan, sembilan tahanan peserta program ketika ini berada pada fasa keempat, iaitu tahap terakhir sebelum mereka dibebaskan.

“Pelbagai usaha, termasuk persidanga­n serantau mengenai mekanisme program deradikali­sasi dilaksanak­an dalam meningkatk­an keberkesan­an modul deradikali­sasi bekas anggota militan,” katanya.

 ?? Masir Kujat ?? Pelbagai usaha, termasuk persidanga­n serantau mengenai mekanisme program deradikali­sasi dilaksanak­an dalam meningkatk­an keberkesan­an modul deradikali­sasi bekas anggota militan”
Masir Kujat Pelbagai usaha, termasuk persidanga­n serantau mengenai mekanisme program deradikali­sasi dilaksanak­an dalam meningkatk­an keberkesan­an modul deradikali­sasi bekas anggota militan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia