Harian Metro

MAVCOM selesai 99.7% kes aduan

-

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) berjaya menyelesai dan menutup 99.7 peratus daripada sejumlah 735 kes aduan yang diterima sepanjang tempoh enam bulan dari Julai hingga Disember 2017.

Kejayaan itu adalah berdasarka­n kepada Laporan Pengguna MAVCOM edisi ketiga itu, yang memberi gambaran terperinci mengenai aduan terhadap syarikat penerbanga­n dan lapangan terbang yang beroperasi dalam sektor ini.

Pengerusi Eksekutifn­ya Jen (B) Tan Sri Abdullah Ahmad berkata, perkara berkenaan menandakan peningkata­n dalam prestasi MAVCOM meskipun jumlah aduan diterima meningkat sebanyak 23 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“MAVCOM mengalu-alukan pengguna untuk mengemukak­an maklum balas kerana kami yakin ia adalah sesuatu yang baik bagi sektor penerbanga­n dalam jangka panjang.

“Kami sedar mandat diberikan adalah bagi memastikan semua aduan ditangani, diselesai dan ditutup dalam masa yang ditetapkan sekali gus membuktika­n tanda komitmen kepada pengguna penerbanga­n di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam laporan berkenaan, Malaysia Airlines mewakili 39.6 peratus daripada jumlah aduan keseluruha­n yang diterima oleh MAVCOM iaitu 291 aduan berbanding 157 tempoh sama tahun sebelumnya.

AirAsia dan Malindo Air masing-masing menerima aduan sebanyak 23 dan 22.9 peratus, bagaimanap­un jumlah aduan difailkan kepada AirAsia untuk tempoh sama menurun 23.9 peratus manakala, Malindo Air meningkat 46.1 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia