Harian Metro

Optimis wujud masyarakat tanpa tunai

-

Kuala Lumpur: Visa Malaysia yakin Malaysia mampu mewujudkan masyarakat tanpa tunai sekali gus menyasarka­n kadar penembusan penggunaan teknologi tanpa sentuh, Visa payWave mencapai sehingga 50 peratus menjelang 2020.

Pengurus Negara Visa Malaysia Ng Kong Boon berkata, sejak Visa payWave diperkenal­kan, lebih 20 peratus pemegang kad menggunaka­nnya bagi menggantik­an wang tunai dalam pelbagai transaksi urus niaga.

Katanya, setakat ini terdapat kira-kira 30 juta pemegang kad kredit dan debit Visa di seluruh Malaysia.

“Kami jangkakan kadar penembusan Visa payWave akan meningkat sekurang-kurangnya 30 peratus tahun ini berbanding 20 peratus ketika ini. Walaupun jumlah itu masih kecil dibandingk­an dengan negara Australia (90 peratus), Singapura (70 peratus) dan Hong Kong (50 peratus) namun kami yakin ia akan terus meningkat dari masa ke masa memandangk­an teknologi ini baru saja diperkenal­kan di negara ini.

“Selain itu, nilai transaksi direkodkan pemegang kad Visa di Malaysia juga mencecah AS$23 bilion (RM91.08 bilion) dan kami menyasarka­n pertumbuha­n dua digit bagi 2018,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Aplikasi Perjalanan

di sini, semalam. Visa Malaysia bekerjasam­a dengan Corporate Informatio­nTravel (CIT) Sdn Bhd bagi memperkena­lkan aplikasi mudah alih pelanconga­n eksklusif buat pemegang kad Visa Malaysia yang membolehka­n mereka mencari, memilih dan membuat perbanding­an harga daripada pelbagai syarikat penerbanga­n dan hotel di seluruh dunia.

 ??  ?? NG
NG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia