Harian Metro

Unjur jana RM500j

MAPEX 2018 pada 27 hingga 29 April depan tawar hartanah terbaik daripada 60 pemaju

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyasarka­n jualan RM500 juta bagi Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 berbanding jualan RM300 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Pengerusi Penganjur MAPEX 2018 Datuk Ng Seing Liong berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui penyertaan lebih 60 pemaju hartanah di bawah satu bumbung yang memaparkan hartanah terbaik masing-masing.

“Setakat ini, kami mengesahka­n penyertaan 40 pemaju hartanah bagi acara ini dan kami menjangka jumlah itu meningkat menjelang penganjura­n acara pada April ini,” katanya pada sidang media MAPEX 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata, antara pemaju hartanah yang mengesahka­n penyertaan dalam acara hartanah dua kali setahun itu adalah IJM Land Berhad, Glomac Berhad dan Matrix Concepts Holdings Berhad.

Menurutnya, acara itu bukan saja bakal memaparkan pilihan hartanah strata, bertanah serta komersial malah menyaksika­n penyertaan institusi kewangan, jabatan dan agensi berkaitan kerajaan.

“MAPEX 2018 sebagai pusat sehenti hartanah turut disertai Jabatan Perumahan Negara dan Tribunal Pengurusan Perumahan dan Strata (TPPS), Institusi Kewangan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) dan Rumah Selangorku,” katanya.

Ng berkata, MAPEX 2018 menawarkan acara menarik untuk pengunjung seperti perbincang­an dengan pakar hartanah, kempen derma darah dan aktiviti interaktif.

“Pembeli rumah berpeluang memperoleh wang tunai RM30,000 yang diberikan kepada 15 pembeli yang melakukan pembelian hartanah sepanjang acara berlangsun­g,” katanya.

MAPEX 2018 dianjurkan di Pusat Pameran Midvalley, Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 April ini dan ia dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 9 malam dengan kemasukan percuma.

 ??  ?? Kami sudah sahkan penyertaan 40 pemaju hartanah dan jangka ia meningkat menjelang April”
Ng
Kami sudah sahkan penyertaan 40 pemaju hartanah dan jangka ia meningkat menjelang April” Ng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia