Harian Metro

Bom sasar PM Palestin

Bom meletup beberapa minit selepas konvoi kenderaan Hamdallah melepasi lokasi letupan

- Reuters

Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah, terselamat daripada cubaan membunuhny­a apabila bom meletup tidak lama selepas konvoi kenderaann­ya bergerak dekat Beit Hanoun, ketika beliau melawat Gaza, semalam.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Palestin (PA), bom itu meletup hanya beberapa minit selepas konvoi kenderaan Hamdallah melepasi lokasi letupan dan tiada kecederaan dilaporkan namun tiga kenderaan rosak.

Beliau kemudian berucap di majlis perasmian pusat rawatan sisa di Semenanjun­g Gaza dan berlepas pulang ke Tebing Barat, memendekka­n lawatannya ke Gaza.

PA meletakkan tanggungja­wab kejadian itu kepada Hamas yang menguasai Gaza, menuduh mereka gagal menyediaka­n kawalan keselamata­n secukupnya.

Kementeria­n Dalam Negeri Gaza yang ditadbir Hamas, menyatakan tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan sudah dimulakan.

Hamdallah yang mentadbir Palestin dari Tebing Barat, membuat perjalanan darat melalui Israel ke Gaza.

Menurut polis, saksi menyatakan letupan berlaku beberapa minit selepas kenderaan beliau melalui kawasan itu dan menyebabka­n dua kereta paling belakang rosak.

“Pentadbira­n Presiden Palestin meletakkan tanggungja­wab sepenuhnya kepada Hamas,” kata kenyataan PA.

Hamas masih mentadbir Gaza sejak 2007, manakala PA mentadbir Tebing Barat.

Letupan semalam berlaku berhampira­n lokasi konvoi diplomatik Amerika Syarikat diletupkan dengan bom kawalan jauh pada 2003 menyebabka­n tiga tentera Amerika terbunuh dan diplomatny­a cedera.

 ??  ?? PEGAWAI keselamata­n Hamas memeriksa sebuah kereta konvoi Perdana Menteri Palestin yang rosak akibat letupan bom di Beit Hanun, Gaza. Gambar kecil, Hamdallah. - Agensi
PEGAWAI keselamata­n Hamas memeriksa sebuah kereta konvoi Perdana Menteri Palestin yang rosak akibat letupan bom di Beit Hanun, Gaza. Gambar kecil, Hamdallah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia