Harian Metro

PENANGAN SERVIS BARU

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan mengakui bimbang peraturan pukulan servis baru yang diperkenal­kan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) bakal memberi kesan ke atas anak buahnya, Datuk Lee Chong Wei yang akan memulakan aksi Seluruh England, hari ini.

Jurulatih dari Indonesia itu berkata, ini adalah kali pertama Chong Wei akan melakukan pukulan servis mengikut peraturan baru dan pastinya ia akan mendatangk­an sedikit kesukaran buat pemain nombor dua dunia itu.

“Sudah pasti saya sedikit Kuala Lumpur: Jurulatih perseorang­an wanita negara, Tey Seu Bock mahu Soniia Cheah dan Goh Jin Wei memperoleh pengalaman paling bermakna pada penampilan pertama mereka di saingan Seluruh England minggu ini.

Menyedari kesukaran yang bakal dihadapi di kejohanan Tahap Kedua itu, Seu Bock percaya sekiranya mampu melakar kejutan, kedua-dua anak buahnya pasti mara lebih jauh lagi.

Kejohanan berprestij itu akan berlangsun­g di Birmingham bermula hari ini dengan Soniia akan berdepan wakil Indonesia, Fitriani Fitriani sementara Jin Wei pula bertemu He Bingjiao dari China.

“Ini adalah penampilan pertama mereka di Seluruh bimbang mengenai perkara ini (peraturan pukulan servis yang baru), ini adalah kali pertama Chong Wei akan lakukannya. Dari aspek persiapan dan keadaan fizikal dia semuanya baik.

“Cuma, saya bimbang jika peraturan baru ini akan memberi kesan kepada dia. Saya tidak boleh komen panjang kerana ia masih baru, kita tunggu dan lihat ketika perlawanan nanti.

“Apa pun, kita akan cuba untuk sesuaikan dengan peraturan baru itu. Saya harap Chong Wei boleh kekal fokus dan tidak terjejas dengan perkara ini,” kata Hendrawan ketika dihubungi di Birmingham, hari ini.

Peraturan baru yang diperkenal­kan BWF itu menyaksika­n pemain perlu memastikan bulu tangkis berada pada ketinggian tidak melebihi 1.15 meter dari permukaan gelanggang ketika mahu melakukan pukulan servis.

Sebelum ini BWF menetapkan ia tidak boleh melebihi 1.1m.

Peraturan baru itu mula digunakan ketika saingan Terbuka Jerman minggu lalu dan menimbulka­n kemarahan dalam kalangan pemain badminton dunia terutama yang memiliki fizikal lebih tinggi termasuk pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan dari China.

Mengulas lanjut, Hendrawan mengakui Chong Wei yang akan membuka tirai saingan menentang pemain Brazil, Ygor Coelho berdepan laluan sukar dalam misinya untuk mempertaha­nkan gelaran juara dimenangi tahun lalu, sekali gus meraih kejuaraan kelima.

“Berdasarka­n undian, memang sukar untuk Chong Wei tetapi seperti yang saya sering katakan, saya mahu dia fokus satu demi satu perlawanan,” katanya.

Jika melepasi pusingan pertama dia dijangka bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebelum musuh tradisi Lin Dan menantinya di suku akhir.

Pemain berusia 36 tahun itu turun dengan misi untuk mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia yang paling banyak menjuarai kejohanan berprestij berkenaan jika berjaya muncul juara pada edisi kali ini - ia akan menjadi yang kelima selepas melakukann­ya pada 2010, 2011, 2014 dan 2017.

Selepas menjuarai edisi tahun lalu, Chong Wei berjaya menyamai rekod Wong Peng Soon dan Datuk Eddy Choong merangkul kejuaraan perseorang­an lelaki dalam saingan Seluruh England sebanyak empat kali.

 Hendrawan gusar peraturan diperkenal­kan BWF beri kesan kepada Chong Wei di Seluruh England

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia