Harian Metro

Jijoe, Jun Hoong tepati ramalan

Dua jaguh negara dinobat Olahragawa­n, Olahragawa­ti ASN 2017

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Jaguh basikal negara, Azizulhasn­i Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017.

Azizul menakluk dunia apabila menamatkan penantian 10 tahun dengan menjuarai acara keirin di Kejohanan Dunia di Hong Kong, April lalu, sekali gus memenangi Jersi Pelangi gagal digugat lima pencabar lain.

Jun Hoong pula memecah dominasi penerjun China, sekali gus menjadi penerjun pertama negara meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita di

Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary Julai lalu melengkapk­an penguasaan dua atlet negara di pentas dunia.

Bagi Azizulhasn­i, ia adalah kejayaan ketiga buat ‘The Pocket Rocketman’ selepas mengunggul­i berprestij itu dua tahun berturut-turut pada 2009 dan 2010 manakala yang pertama buat Jun Hoong selepas Pandelela Rinong pada 2015.

“Alhamdulil­lah saya bersyukur dan berbangga dinobatkan sebagai Olahragawa­n negara 2017 dan ia adalah kali ketiga saya menerima anugerah terbesar negara ini.

“Sesungguhn­ya segala pengorbana­n, susah payah serta halangan saya tempuhi selama karier ini berbaloi dan membuatkan semua itu menjadi manis.

“Penganuger­ahan ini akan menjadi sumber motivasi saya untuk beraksi dengan lebih cemerlang di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tidak lama lagi,” kata Azizul yang menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan RM20,000.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio ketika ditemui turut mengharapk­an rakan atlet yang lain akan bekerja keras merasai nikmat anugerah bergelar Olahragawa­n.

Azizul dan Jun Hoong yang baru-baru ini meraih pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama dalam Siri Piala Dunia di Beijing menjadi taruhan serta prospek terbaik buat negara meraih emas di Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan.

Hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan serta sijil disampaika­n Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

 ??  ?? JUN Hoong
JUN Hoong
 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ??
FOTO: AIZUDDIN SAAD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia