Harian Metro

300 peserta rebut 16 emas di WUSC

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

Shah Alam: Hampir 300 peserta dari 24 negara dari benua Asia dan Eropah kini sudah bersedia bertarung merebut 16 pingat emas keseluruha­n yang ditawarkan di Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSC) 2018, bermula hari ini sehingga 18 Mac ini.

Kejohanan edisi ketujuh di Lapang sasar Menembak Kebangsaan Subang itu turut disertai penembak handalan bertaraf dunia dari Itali, Perancis, Poland, Russia, Republik Czech selain pasukan terkuat Asia, termasuk China dan India.

Sejumlah 16 pingat emas secara keseluruha­n ditawarkan bagi kategori lelaki dan wanita, dalam tiga disiplin utama menembak menerusi acara Rifle, Pistol dan Shotgun (Skeet dan Trap).

Kejohanan dwi tahunan sebelum ini (edisi keenam) berlangsun­g di Bydgoszcz, Poland pada 2016 dan Malaysia menjadi pasukan pertama dari Asia yang memenangi pingat emas pada acara 50meter Air Pistol pada kejohanan edisi kelima di Al Ain, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Bagi edisi kali ini, Malaysia selaku tuan rumah menghantar 15 peserta lelaki dan wanita untuk mengambil bahagian dalam kejohanan selama lima hari itu.

Majlis Pembukaan Kejohanan WUSC edisi kali ini disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, sebentar tadi. Mary di dalam ucapannya berkata, kejohanan itu diharap dapat membantu meningkatk­an lagi kemahiran peserta yang majoritiny­a masih muda untuk mencipta nama di pentas lebih tinggi pada masa depan.

Beliau berkata, kejohanan yang disertai 24 negara dari serata dunia ini juga membuktika­n, kejohanan menembak WUSC adalah pertanding­an yang kompetetif di peringkat antarabang­sa.

“Fokus pertanding­an ini tidak hanya meningkatk­an hubungan antara negara, tetapi mampu meningkatk­an kemahiran peserta di dalam sukan ini.

“Selepas beberapa bulan berlatih, kini tibalah masa untuk anda semua membuktika­n segala usaha yang dilakukan sebelum ini berbaloi. Saya ucapkan selamat berjaya,” katanya.

 ?? FOTO: FAIZ ANUAR ?? KONTINJEN Malaysia yang menyertai Kejohanan WUSC 2018.
FOTO: FAIZ ANUAR KONTINJEN Malaysia yang menyertai Kejohanan WUSC 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia