Harian Metro

PDRM kembali warnai LHM musim depan

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas tidak menyertai saingan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini, pasukan lelaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya akan kembali menyertai liga paling kompetitif itu bagi musim depan.

Perkara itu disahkan Pengelola Hoki PDRM, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang berharap mereka mampu memberi impak besar bagi saingan musim depan.

Bagaimanap­un, jelas Mohd Shuhaily, PDRM hanya akan beraksi di saingan Divisyen Satu musim depan selepas menarik diri daripada saingan Liga Perdana musim ini.

“Seperti semua sedia maklum, PDRM muncul juara (Piala Presiden) pada 2017. Harap pada tahun depan, kami kembali meraih kejuaraan di saingan Divisyen Satu.

“Kami berdepan sedikit masalah perancanga­n tahun ini, antaranya ada pemain yang terbabit dengan komitmen kerja.

“Disebabkan itu, kami tidak dapat menghantar pasukan pada tahun ini dan tahun depan akan kembali semula,” katanya.

Mohd Shuhaily ditemui pada majlis penyerahan cek sumbangan PDRM Night Run 2018 serta penghargaa­n pasukan hoki wanita PDRM yang muncul naib juara Liga Hoki Wanita Malaysia serta memenangi Piala Vivian May Soars.

Bagaimanap­un, keputusan PDRM itu mungkin mencetuska­n sedikit masalah kepada dua pemainnya, Muhammad Razie Abdul Rahim serta Nabil Fiqri Mohd Noor kerana peraturan pertanding­an Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) tidak membenarka­n pemain kebangsaan beraksi dalam saingan Divisyen Satu.

“Kami akan melihat semula kepada peraturan pertanding­an. Mungkin tahun ini akan ada perubahan.

“Sekiranya mereka berdua masih tidak lagi dibenarkan untuk beraksi, mungkin mereka boleh menyumbang kepakaran serta pengalaman selaku tenaga jurulatih dan sebagainya.

“Tapi saya amat berharap akan berlaku perubahan peraturan dan mereka dibenarkan untuk beraksi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang turut hadir pada majlis itu berharap orang ramai dapat menyertai Program Night Run sempena memperinga­ti Hari Polis ke-211 di Dataran Merdeka, pada 17 Mac ini.

“Kami menjangkak­an minimum 10,000 penyertaan pada program itu nanti,” katanya.

 ?? FOTO: ROSDAN WAHID ?? MOHAMAD Fuzi (tengah) menyampaik­an trofi dan cek tajaan kepada pasukan hoki wanita PDRM.
FOTO: ROSDAN WAHID MOHAMAD Fuzi (tengah) menyampaik­an trofi dan cek tajaan kepada pasukan hoki wanita PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia