Harian Metro

Peraturan UEFA ‘gari’ Aubameyang

-

London: Penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang berkata ‘ketiadaann­ya’ dalam kempen Liga Europa musim ini secara paksaan menjadikan permulaan hidup barunya di London begitu mengecewak­an.

Aubameyang yang menyertai Arsenal pada Januari, beraksi dengan bekas kelabnya Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini namun peraturan ketat UEFA menghalang­nya daripada mewakili kelab barunya di pentas Eropah sepanjang baki musim ini.

“Saya benar-benar kecewa kerana peraturann­ya ketat, saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaska­nnya tetapi saya kecewa kerana gagal membantu pasukan,” kata Aubameyang.

“Sewaktu saya berada di Dortmund, saya bermain setiap tiga hari tetapi kini saya bermain sekali seminggu atau tempoh yang lebih lama di antara perlawanan. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi inilah kehidupan. Saya perlu menghadapi­nya.”

Aubameyang yang mewakili Gabon menjaringk­an tiga gol Liga Perdana Inggeris dalam lima aksi bersama kelab termasuk ketika menewaskan Watford 3-0 Ahad lalu.

“Saya tidak banyak bermain pada Januari jadi sukar untuk mencari rentak. Kini saya semakin baik. Saya bekerja bersungguh-sungguh, berusaha keras sepanjang beberapa minggu lalu dan gembira kerana semuanya semakin baik,” katanya.

Pemain berusia 28 tahun itu terpaksa menjadi penonton ketika rakan sepasukann­ya berdepan AC Milan pada aksi kedua 16 terakhir Liga Europa di Stadium Emirates awal pagi Jumaat.

Arsenal menewaskan AC Milan 2-0 pada aksi pertama. - Reuters

 ??  ?? AUBAMEYANG (kanan) dalam aksi saingan terdahulu.
AUBAMEYANG (kanan) dalam aksi saingan terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia