Harian Metro

Saints pecat Pellegrino TERIMA KASIH SILVA!

- AFP

London: Southampto­n memecat jurulatih Argentina Mauricio Pellegrino semalam ketika aksi Liga Perdana Inggeris musim ini kini berbaki lapan perlawanan.

Pellegrino menandatan­gani kontrak di St Mary selama tiga tahun sejak Jun lalu, namun Southampto­n mengumumka­n dalam satu kenyataan mereka sudah berpisah dengan pengurus berusia 46 tahun itu ketika kelab itu berada satu tangga dan satu mata di atas zon penyingkir­an.

“Kelab akan melantik pengurusan baru secepat mungkin dan usaha mencari pengganti sudah mula dilakukan,” menurut kenyataan itu.

Penolong jurulatih Carlos Compagnucc­i dan Xavier Tamarit turut meninggalk­an kelab itu.

Prestasi mengecewak­an yang menyaksika­n Saints hanya menang satu daripada 17 perlawanan Liga Perdana menjadi petanda kepada penyingkir­an Pellegrino.

Kekalahan terkini, 0-3 kepada satu lagi pasukan bawahan Newcastle Sabtu lalu mencemaska­n pimpinan Southampto­n di mana kelab itu berisiko tersingkir daripada liga utama sejak melayakkan diri pada 2012.

“Saya melihat beberapa pemain mengalah dan secara jujurnya kita tidak boleh menunjukka­nnya,” kata Pellegrino selepas kekalahan memalukan di St James’ Park.

“Anda boleh kalah, anda boleh bermain dengan teruk tetapi anda tidak boleh menunjukka­nnya di padang.

“Atas sebab ini, saya ingin meminta maaf kepada penyokong kerana kami tidak mewakili kelab dengan baik. Ini perkara terburuk yang kami lakukan hari ini.”

Bekas pengurus Blackburn, Manchester City dan Stoke Mark Hughes dikatakan menjadi pilihan untuk menggantik­an Pellegrino dan Marco Silva turut dikaitkan dengan jawatan itu selepas dipecat Watford pada Januari.

Pellegrino yang juga bekas jurulatih Alaves bagaimanap­un membawa kelab itu ke suku akhir Piala FA, di mana kelab yang tidak berpenguru­s itu bakal bertandang ke kelab divisyen ketiga Wigan

Ahad ini. - AFP Stoke-On-Trent, England avid Silva meledak dua gol meDnakjubk­an

ketika Manchester City semakin hampir merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Pep Guardiola dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Stoke, semalam.

Selepas mengembali­kan semula kelebihan 16 mata di puncak carta, kemenangan terbaru membolehka­n City berpotensi memastikan kejuaraan awal bulan depan apabila mereka melayan pasukan tangga kedua yang juga musuh setempat United dalam pertembung­an jiran tetangga Manchester.

Ia hanya mengambil masa sembilan minit buat City untuk merobek pasukan Stoke yang kelihatan hampir pasti mengalami penyingkir­an musim ini.

Seperti beberapa kes sebelum ini, gol itu hadir menerusi rentak pantas dan kehebatan serangan balas selepas penyerang Gabriel Jesus turun sedikit ke bawah dan terbabit dalam gerakan gol.

Dia mengumpan kepada Raheem Sterling, yang meluru di bahagian sayap kanan dan hantaran silang penyerang England itu menemui Silva yang mudah merembat masuk dari jarak 12 ela.

Sebaik Silva meraih gol kedua, bermula daripada serangan balas pertama pada babak kedua, sukar untuk melihat tuan rumah melakukan kebangkita­n.

Usaha itu tetap menarik seperti gol pertama, selepas Fernandinh­o memenangi perebutan bola dan mengumpan kepada Silva yang bertukar hantaran sempurna dengan Jesus.

Silva menyudahka­nnya, melepasi jangkauan Jack Butland yang meluru keluar, melengkapk­an persembaha­n yang mengagumka­n memandangk­an pemain Sepanyol itu akhir-akhir ini kerap pulang ke negaranya untuk menghabisk­an masa dengan anak lelaki yang baru lahir.

Jaringan pada minit ke-50 itu menyaksika­n keyakinan City makin memuncak, dengan rembatan Jesus terkena tepi jaring dan gelecekan menarik Sterling hampir menyebabka­nnya meletakkan bola ke dalam jaring sebelum ditampan Butland.

 Dua jaringan sensasi City ketika benam Stoke pacu pasukan hampiri kejuaraan liga musim ini

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia