Harian Metro

De Boer tak tahu apa-apa: Mourinho

-

Manchester, United Kingdom: Jose Mourinho melancarka­n serangan terhadap Frank de Boer

semalam, selepas bekas pengendali Crystal Palace dari Belanda itu mengkritik United kerana jarang menggunaka­n Marcus Rashford.

Rashford menjaringk­an dua gol pada permulaan pertama Liga Perdana pada 2018 ketika United mengatasi Liverpool 2-1 Sabtu lalu, namun Mourinho masih mengeluark­an penyerang berusia 21 tahun England itu, berbaki 20 minit permainan ketika dia tampak mahu menyelamat­kan permainan.

“Adalah menyedihka­n pengurus itu Mourinho kerana biasanya jika dia adalah pemain England, anda mahu memberikan­nya masa dan kemudian merasakan dia boleh melakukan kesilapan,” kata

De Boer kepada BT

Sport.

“Tapi Mourinho tidak seperti itu. Dia mahu mendapatka­n keputusan.”

De Boer dipecat

Crystal Palace hanya selepas lima perlawanan pada September kerana gagal mendapatka­n mata atau menjaringk­an gol dalam empat perlawanan liga.

“Saya membaca kenyataan daripada pengurus terburuk dalam sejarah Liga Perdana, Frank de Boer,” kata Mourinho menjelang pertemuan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Sevilla.

“Dia berkata adalah tidak bagus buat Marcus Rashford memiliki jurulatih seperti saya kerana apa yang paling penting buat saya ialah kemenangan.

“Jika dia dilatih Frank, dia akan belajar bagaimana untuk tewas kerana Frank tewas setiap perlawanan.”

Tempat Rashford semakin terhad sejak kehadiran Alexis Sanchez pada Januari, namun Mourinho menegaskan dia masih mencari keseimbang­an buat Rashford dan memberikan­nya pengalaman.

“Adakah dia bermain sejak mula? Tidak, sudah tentu tidak tetapi dia adalah pemain yang kami percayai dan saya memberitah­unya sebelum pertemuan dengan Liverpool,” kata Mourinho. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia