Harian Metro

Kaut untung, senang ‘lesap’

- Aziman Rosdi & Zulfaizan Mansor sukan@nstp.com.my

Seperti tidak masuk akal apabila hanya empat ejen pemain yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak Sistem Perantara diperkenal­kan badan induk itu setahun lalu.

Namun, itulah realiti yang berlaku apabila ramai ejen tak berdaftar atau turut dikenali sebagai ejen haram ‘berkeliara­n’ dalam pasaran pemain Liga Malaysia (Liga-M) tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi.

Jumlah kecil ejen pemain yang berdaftar itu jika dibandingk­an dengan kemasukan pemain import Liga Super dan Liga Perdana kira-kira 108 pemain dan pemain tempatan 612 jelas mencetuska­n kebimbanga­n FAM sendiri.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sudah memaklumka­n kepada setiap pasukan berhubung Sistem Perantara selepas ia diluluskan oleh Exco tahun lalu.

“Kalau kita melihat kepada jumlah ejen berdaftar, memang mengecewak­an kerana mereka (ejen haram) tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan sedangkan apa yang kita lakukan ini selari dengan peraturan FIFA.

“FAM sudah mengeluark­an surat pekeliling kepada setiap pasukan selepas kita menetapkan Sistem Perantara pada 7 Mac tahun lalu, tapi setakat ini pihak ejen, pasukan dan pemain sendiri seperti tidak ada kesedaran untuk memberikan kerjasama.

“Banyak kes berlaku sebelum ini, ejen serta pemain hanya datang kepada FAM bila berlaku masalah kontrak seperti gaji tak dibayar atau sebagainya. Mereka hanya fikir nak senang dan keuntungan tanpa fikir risiko yang bakal dihadapi,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam laporan Eksklusif Sukan NSTP semalam mendedahka­n lambakan ejen haram mendominas­i pasaran pemain Liga-M, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n mengenai nasib pemain dan pasukan tempatan.

Ejen haram ini dikhuatiri boleh ‘lesap’ pada bila-bila masa andai permasalah­an berlaku khususnya membabitka­n kontrak pemain dengan pasukan.

Ada juga kes di mana pasukan enggan membayar tuntutan pemain kerana masalah kontrak tidak seperti yang dijanjikan oleh ejen berkenaan.

Setakat ini hanya tiga ejen tempatan serta satu ejen asing yang mendaftar dengan FAM dan Hamidin menjelaska­n, ada pasukan atau pemain sendiri bersekongk­ol dengan ejen tak berdaftar ini.

 Punca ramai ejen tak berdaftar abai penggunaan Sistem Perantara seliaan FAM

“Di dalam dokumen kontrak pemain yang diserahkan oleh sesetengah pasukan ketika mendaftark­an pemain, mereka tidak meletakkan nama ejen seolah-olah pemain berkenaan tidak mempunyai ejen. Bila mereka tak tulis dalam kontrak maka kita tidak ada hitam putih untuk ambil tindakan, itu kekangan kita ketika ini.

“Tapi, bila berlaku kes berkaitan bayaran gaji, yuran perpindaha­n atau pampasan dibawa ke FAM selepas itu dan kita tahu ejen itu tak berdaftar, kita boleh ambil tindakan seperti denda. Kita memikirkan cara terbaik untuk menguatkua­sakan peraturan ini,” tegasnya.

Tambah Hamidin, pokok pangkalnya isu ini adalah tahap profesiona­lisme setiap pihak yang terbabit tidak kira ejen, pasukan dan pemain.

“Kalau kita lihat liga di negara luar lebih profesiona­l, England contohnya ada beratus-ratus ejen yang berdaftar. Sedangkan kita baru ada empat ejen berdaftar sejak tahun lalu. Dalam era bola sepak profesiona­l, setiap peraturan perlu dipatuhi. Ejen perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya jika tidak mendaftar dengan FAM,” katanya.

*ESOK: Kenyataan ejen

tidak berdaftar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia