Harian Metro

‘Selangor umpama harimau luka’

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Saya tidak lihat pasukan Selangor mudah untuk ditewaskan, tapi saya sifatkan skuad itu bagaikan harimau luka selepas ditundukka­n Perak, Ahad lalu,” kata pemain Terengganu FC (TFC), Latiff Suhaimi.

Latiff berkata demikian menjelang pertemuan dengan skuad Red Giants pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini Jumaat ini.

Menurut arkitek skuad Penyu itu yang kini bermain di posisi pertahanan tengah, keupayaan Red Giants tidak boleh dipertikai­kan lagi dan harus diawasi setiap gerakannya walaupun mengalami kekalahan 0-3 kepada Perak, Ahad lalu.

“Biarpun aksi skuad kendalian P Maniam itu tidak begitu konsisten sejak kebelakang­an ini apatah lagi saya difahamkan penyokong pasukan itu mendesak jurulatihn­ya supaya meletak jawatan, tapi bagi kami reputasi skuad itu yang muncul juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali harus dihormati.

“Apatah lagi skuad itu juga memiliki beberapa pemain berpengala­man seperti kapten Razman Roslan, Amri Yahyah, Joseph Kalang Tie, Azamuddin Akil serta senjata importnya yang diketuai penyerang, Rufino Segovia serta dua pemain dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Armaiyn.

“Dengan kekuatan pemain lawan selain format perlawanan kalah mati, boleh kami rumuskan bukan senang untuk menjinakka­n skuad itu walaupun kami pernah tumpaskan mereka 4-1 dalam saingan liga bulan lalu,” kata Latiff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia