Harian Metro

‘Peluang terbaik raih tiga mata’

-

“Sesiapa yang diturunkan harus mengikut percaturan taktikal yang dirancang jurulatih (Raul Longhi) kerana ia penting untuk beraksi konsisten sepanjang 90 minit perlawanan dan elak melakukan kesilapan mudah.

“Apabila berada di padang saya harap rakan sepasukan positif dan bermain dengan tenang untuk mengutip tiga mata berharga kerana ia mustahak untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu iaitu kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An FC,” katanya.

Mengulas kegagalan JDT mencipta kemenangan ke atas Tampines Rovers pada aksi lalu, Safiq enggan memikirkan apa yang berlaku, sebaliknya mahu menumpukan pada pertembung­an menentang kelab dari Singapura itu pada pusingan kedua.

Malah, dia menegaskan lawan kemungkina­n tampil corak berbeza dengan kelainan taktikal dan kekuatan dan setiap pemain JDT harus bersiap sedia untuk mengelak daripada terperangk­ap dengan corak permainan skuad kendalian Jurgen Raab.

Ditanya mengenai ketiadaan Jorge Pereyra Diaz dalam skuad itu, Safiq menegaskan tiada kesan dalam skuad itu tanpa kelibat pemain import dari Argentina itu sebaliknya barisan pemain JDT tetap konsisten pada aksi Piala AFC dan saingan Liga Super.

“Dia seorang sahaja yang tinggalkan pasukan JDT, bukannya 10 pemain tinggalkan JDT. Jadi, tiada kesan langsung, malah moral pemain tetap tinggi.

“Malah, aksi ketika menentang kelab dari Vietnam dan menentang Terengganu, Alhamdulli­lah prestasi pasukan bertambah baik dan tiada kesan apabila ketiadaan Jorge (Pereyra Diaz),” kata Safiq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia