Harian Metro

Pemandu lori balak panik rempuh rumah

-

Besut: Panik dikejar pihak berkuasa menyebabka­n seorang pemandu lori yang membawa balak haram merempuh sebuah rumah penduduk di Kampung Bukit Payung.

Difahamkan, lori itu dikejar anggota Unit Penguat Kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu dalam satu operasi bersepadu di daerah ini, jam 4 pagi semalam.

Pihak berkuasa sebelum itu menggunaka­n dron untuk mengesan kegiatan mencuri balak di beberapa kawasan yang sering diceroboh bermula jam 9 pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, semalam, unit penguat kuasa berjaya mengesan sebuah lori mencurigak­an berhampira­n Kampung Oh di Hulu Besut dan mengejar lori itu sejauh lima kilometer.

“Kami memberi amaran beberapa kali dan mengarahka­n pemandu lori itu berhenti tetapi tidak diendahkan. Dia kemudian membuat pusingan ‘U’ di persimpang­an Kampung Jabi secara berbahaya sebelum memasuki semula jalan menuju ke Kampung Oh dan pihak kami terpaksa mengejar suspek sehingga ke Kampung Bukit Payung.

“Bagaimanap­un, lori membawa dua balak jenis meranti bernilai lebih RM10,000 itu akhirnya ditahan selepas merempuh rumah kosong yang rosak teruk,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya gagal menahan pemandu lori itu yang meloloskan diri dengan memasuki kampung dan meminta bantuan pihak polis dari IPD Besut untuk membantu menjejak pemandu lori berkenaan.

“Susulan kejadian itu, pegawai penguat kuasa kami turut didatangi seorang lelaki yang meminta supaya lori dan balak itu tidak dirampas, namun pegawai serta anggota kami bertegas menyita kenderaan berserta muatan sebagai bahan bukti di Pejabat Renjer Kampung Raja,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian membuat laporan di IPD Besut di Kampung Raja dan kes disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 kerana membawa hasil hutan tanpa memiliki dokumen sah.

Ahmad Fadzil berkata, Ops Helang akan diteruskan menggunaka­n aset JPSM untuk membantera­s kegiatan pembalakan haram di Terengganu, terutama di Besut yang semakin berleluasa dan dipercayai didalangi oleh seorang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia