Harian Metro

Tersadung tembok kecil

- Norasikin Daineh cnews@nstp.com.my

Pekerja kilang tepung ditemui lemas selepas terjatuh dari jeti tempatnya bekerja di perairan Kompleks Industri Rancha-Rancha, Pulau Enoe, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Latif Ibrahim, 37, dilaporkan terjatuh dari jeti itu jam 7.30 pagi sebelum mayatnya ditemui rakan sekerja jam 10.15 malam.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Pain Muzal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 9.19 pagi, kelmarin.

“Seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Hasil siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di jeti itu mendapati mangsa berjalan dari hujung jeti ke daratan namun tanpa sedar dia semakin ke tepi kanan jeti sebelum tersadung pada tembok kecil lalu terjatuh ke laut,” katanya, semalam.

Pain berkata, mangsa dipercayai tidak pandai berenang dan usaha mencari mangsa segera dilakukan.

“Operasi SAR dilakukan permukaan air namun mangsa gagal ditemui sehingga operasi dihentikan sementara waktu jam 6 petang.

“Bagaimanap­un, bomba menerima panggilan daripada pekerja kilang memaklumka­n mangsa ditemui di dasar laut.

“Menurut pekerja berkenaan, kebetulan pada waktu malam air surut menyebabka­n bayang-bayang jasad mangsa dilihat di dasar laut,” katanya.

Sehubungan itu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian

 Pekerja kilang tepung lemas jatuh laut ketika berjalan di jeti

untuk mengambil mangsa sebelum dibawa ke darat.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 11.05 malam,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang terjatuh dari jeti di perairan Kompleks Industri Rancha-Rancha, Pulau Enoe, kelmarin.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang terjatuh dari jeti di perairan Kompleks Industri Rancha-Rancha, Pulau Enoe, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia