Harian Metro

Tipu 10 mangsa beli kenderaan murah

-

Gombak: Licik menipu orang ramai dengan menyamar sebagai ejen syarikat menjual kenderaan dengan menawarkan pelbagai kenderaan pada harga ‘runtuh’.

Itu taktik digunakan seorang lelaki berusia 20-an yang dikesan menipu lebih 10 mangsa laman sesawang jual beli atas talian membabitka­n kerugian RM36,000.

Suspek akhirnya ditahan polis Selangor di Selayang, dekat sini, malam kelmarin, selepas menjadi buruan sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek menawarkan kereta pada harga lebih murah menyebabka­n mangsa terpedaya sebelum meminta pembeli memindahka­n sejumlah wang sebagai deposit melalui transaksi bank.

Menurutnya, suspek menghilang­kan diri selepas memperoleh wang itu.

“Pihak kami menerima satu laporan berhubung kes berkenaan membabitka­n suspek yang menyamar sebagai ejen syarikat jualan kenderaan.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor menahan suspek,” katanya semalam.

Beliau berkata, suspek turut menggunaka­n modus operandi sama untuk melakukan jenayah di Pahang, Kelantan dan Perak.

“Susulan penahanan suspek, Polis Kontinjen Selangor menyelesai­kan sekurang-kurangnya 10 kes tipu menggunaka­n modus operandi sama.

Mazlan berkata, suspek kini direman tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 419 dan 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia